Home Klik Di Bawah

Isnin, 27 Januari 2014

Tentera Uthmanitah menikmati makanan segar di barisan hadapan medan perang

Sebuah dapur zaman Empayar Uthmaniyah yang sederhana lengkap dengan oven bata ditemui sebagai sebahagian daripada kajian Gallipoli selama lima tahun yang terbaru berkaitan kehidupan ekstrem di medan perang tahun 1915.

Pada ketika tentera bersekutu makan daging lembu dan makanan tin dan olahan lain, tentera lawan dari Turki sedang makan produk segar yang disediakan di sebuah dapur bertingkat.


Dapur lapangan itu dibina jauh lebih dekat di barisan depan medan pertempuran daripada dapur makanan pasukan Sekutu, yang penuh dengan tin dan stoples selai.

Terletak selama fasa kedua projek gabungan Australia, New Zealand dan Turki yang melakukan kajian pada medan perang sebelum ulang tahun seabad pada tahun 2015, dapur Imperium Uthmaniyah merupakan salah satu penemuan yang paling mengejutkan yang didedahkan, menurut suatu kajian arkeologi Tony Sagona dari Melbourne University .

"Salah satu perkara yang memeranjatkan saya adalah bahawa semua bekas makanan logam yang kami temui berasal dari medan perang Anzac dimana sebahagian besar tentera Uthmaniyah memasak makanan mereka yang dibawa dari kampung-kampung."

Pasukan sekutu mempunyai dapur padang dengan unggun api dan menu makanan mereka yang sangat berbeza. Arkib Turki mengatakan bahawa sup merupakan perkara utama dalam menu tentera Uthmaniyah.

Di kawasan barisan depan utara medan pertempuran, para arkeologi dan sejarawan mencari salah satu laman Gallipoli yang paling ketara pada tumbuhan semak di semenanjung itu Terraces Malone di Pos Quinn, yang dianggap sebagai sebahagian penting dari barisan depan pasukan Sekutu.

Sejarawan Richard Reid mengatakan bahawa tentera Uthmaniyah dan Anzacs seharusnya berada dalam lingkungan berasingan lebih dari 10 meter. "Jika kedua-dua sisi itu telah tembusi, itu akan menjadi akhir dari pertempuran," ujarnya.

Teres Pasukan Sekutu dinamakan menurut Leftenan Kolonel William Malone, dari New Zealand dari Batalion Wellington, yang mengatur pembangunan teras bagi tentera untuk boleh tidur. Keadaan yang membaik secara dramatik ini terjadi ketika orang kiwi mengambil alih dari Australia pada bulan Jun 1915.

Teres Malone adalah salah satu daripada lebih daripada 30 ruang rehat, suatu kawasan pintu masuk dengan terowong bertingkat dan diperiksa dengan teliti pada bulan yang lalu. Lebih dari 1700 meter parit juga dikesan, di samping terdapat parit 4000 meter yang dipetakan pada tahun lalu.

Di antaranya terdapat lebih dari 130 artifak yang merupakan butang, tali pinggang, sarung peluru, pecahan dari botol ubat-ubatan dan tiga botol air yang tertembus peluru. - terjemahan dari al-khilafah 
 http://alibata123.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan