Home Klik Di Bawah

Isnin, 3 Februari 2014

Akhlak Mulia Itu Lebih Indah Dari Permata

Saya nak kongsi beberapa mutiara kata dari ustaz-ustaz terkemuka tanahair. Baca, fahami, renungi dan ambil pengajaran daripada apa yang disampaikan.
Semoga beroleh peringatan.
Mutiara kata #4 – Akhlak Mulia Itu Lebih Indah Dari Permata
“Permata itu indah tetapi manusia yang berakhlak mulia lebih indah daripada segala permata yang terindah…” – Tuan Guru Dato’ Dr.Haron Din
akhlak mulia 



 “Ketaatan dan ibadah orang yang makan makanan yang haram samalah seperti dia membina rumah di atas lambungan ombak yang tinggi. Tidak diterima solat walau satu rakaat bagi orang yang makan makanan yang haram. Jika solat tidak diterima kerana makan makanan yang haram maka ibadat yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain juga tidak diterima.” – Ustaz Azhar Idrus
makanan haram 


“ Kadangkala kita diuji oleh Allah SWT. Dengan ujian inilah yang menyebabkan kita memasuki Syurga Allah SWT. Ujian anak-anak, ujian anak-anak inilah yang membawa kita memasuki Syurga Allah SWT. Kadangkala ujian isteri atau suami, ujian isteri atau suami inilah yang menyebabkan kita layak memasuki Syurga Allah SWT. Kalau kita tak pandai mengendalikan sesuatu ujian ini, kerana ujian inilah kita masuk Neraka Allah.” -Ustaz Ahmad Dusuki Abd.Rani

ujian Allah


“Banyak orang buat silap kerana mengelak sesuatu yang tidak boleh elak dan tidak mengelak sesuatu yang boleh dielak. Maknanya kita tidak boleh elak mati tetapi ramai yang elak mati, pagi-pagi berjogging supaya lambat mati. Kenapa tak sembahyang subuh untuk mengelakan dari masuk Neraka?” – Dato Ismail Kamus
kesilapan besar manusia 


“Sekalipun sahabat rapat kamu di Dunia ini yang suka tertawa, bergurau, bercanda dengan kamu bilamana ianya melalaikan kamu dari mengingati Allah SWT ia akan menjadi musuh kamu di hari Akhirat nanti  kecuali bagi orang-orang yang bertaqwa.”  - al-Habib Umar Hafidz
sahabat


“Nabi (saw) kata kita yang duduk di dalam majlis ilmu ini lebih mahal dari harga dunia dan seisinya.” – Ustaz Shamsul Zaman
kelebihan majlis ilmu
* Ustaz Shamsul Zaman ialah anak murid kepada ulamak terkenal, Syeikh Habib Omar. Beliau kini masih menuntut di Yaman. Beliau mula berceramah sejak usianya 12 tahun. Anda boleh share video-video ceramah beliau di Youtube. (181)
pakar  how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan