Home Klik Di Bawah

Khamis, 6 Februari 2014

Helikopter, Pesawat dan Kapal Selam Wujud Zaman Firaun?

Pada tahun 1848, sebuah ekspedisi arkeologi yang sedang melakukan penelitian di Mesir telah menemui hierogliph aneh di dinding-dinding batu sebuah kuil kuno di Abydos, beberapa ratus kilometer ke selatan Kairo. Cetakan contoh hierogliph itu kemudiannya dibawa ke Eropah dan segera menimbulkan perdebatan yang luar biasa di kalangan pengkaji Mesir. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menjelaskan maksud hierogliph tersebut. Akhirnya, hierogliph tersebut dianggap hanya sebagai ukiran objek-objek aneh yang tidak dikenali. Puluhan tahun kemudian, hierogliph tersebut kembali muncul ke permukaan, kali ini beberapa orang mengenali ukiran Hierogliph tersebut sebagai helikopter, pesawat dan kapal selam, objek-objek yang tercipta pada abad ke-20.

Saya percaya sebahagian besar daripada para pembaca yang membaca tulisan ini dan sudah pernah melihat foto yang termashyur ini pasti akan menganggap tulisan saya ini basi. Namun ternyata ada sebahagian orang yang belum atau mungkin hanya sedikit yang mengetahui berkenaan kisah ini dan meminta saya menulisnya. Jadi yang sudah tahu harus mengalah dengan mereka yang belum tahu.
 

Pada tahun 1990-an, para pelancong yang mengunjungi kuil di Abydos sedang merakamkan kembali ukiran-ukiran yang terdapat di dinding kuil itu. Foto-foto yang diambil mulai muncul di internet beberapa tahun kemudian, dan ia telah membangkitkan kembali perdebatan mengenai makna hierogliph tersebut.

Helikopter yang tergambar di dinding kuil tersebut memiliki kipas, kokpit dan ekor, persis seperti helikopter yang tercipta pada abad ke-20. Sedangkan 2 ukiran lain sepertinya menunjukan gambar kapal selam dan pesawat.

Hierogliph tersebut dijumpai di sebuah kuil yang didirikan oleh Firaun Seti I sekitar 3000 tahun yang lalu, bukan di Piramid seperti yang dinyatakan sebahagian orang. Soalnya sekarang adalah, bagaimana ukiran mesin-mesin pengangkutan moden boleh wujud di dinding kuil yang berusia 3000 tahun ?
saya cuba untuk mencari penjelasan alternatif.

Tentu saja tidak semua orang dengan senang menerima penjelasan bahawa adanya UFO pada masa purba seperti yang dipercayai oleh sebahagian orang (baca-dimensi alam adalah berbeza).
Oleh kerana, pendapat ini kurang dipercayai,


Pertama, saya menemui penjelasan daripada seorang arkeologi yang ternyata pandanganya sangat luar biasa. Dengan cepat dan tanpa berfikir panjang dia mengatakan bahawa foto tersebut adalah hasil rekaan photoshop. Nampaknya arkeologi 'cerdik pandai' ini tidak pernah mengunjungi kuil Abydos di Mesir. Macam-macam foto dan rakaman yang diambil di kuil tersebut oleh orang yang berbeza-beza jelas menunjukkan bahawa ukiran tersebut bukan hasil photoshop.

Seorang lagi arkeologi lebih bijak pandangannya dan tidak hanya pandai cakap saja dan tentu saja mempunyai sumber kewangan yang baik untuk melihat ukiran tersebut secara 'live' di Abydos. Beliau memiliki penjelasan yang ilmiah dan sesuai dengan ilmunya. Menurut mereka, ukiran tersebut sama sekali bukan ukiran helikopter, pesawat dan kapal selam. Hierogliph tersebut boleh menyerupai gambar helikopter, pesawat dan kapal selam karana sebuah proses yang disebut Palimpsest.

Apa itu Palimpsest? Palimpsest adalah sebuah teknik membuat ukiran hierogliph yang baru di atas ukiran yang lama. Caranya adalah dengan memplaster ukiran yang lama dan kemudian mengukir hierogliph yang baru di atasnya.

Ukiran yang terdapat di dinding kuil Abydos dipercayai oleh para arkeologi telah mengalami proses Palimpsest. Seiring dengan waktu, plaster yang ditampal untuk tujuan menutupi ukiran yang lama mula lekang. Ukiran lama yang bercantum dengan ukiran baru menghasilkan ukiran-ukiran yang berbentuk aneh. Dan dari situlah muncul helikopter/UFO seperti yang di dakwa oleh saintis 'kepala dongga' di Amerika-Eropah.

Proses ini sama seperti ketika kita yang sedang menghadapi ujian di sekolah. Ketika kita merasa jawapan yang kita tulis salah, kita mengambil liquip dan menutupi kesalahan itu dengan cairannya. Namun karana kita terdesak oleh waktu, kita yang tergesa-gesa segera menulis di atas kesan liquip itu tadi yang belum kering. Akibatnya, lapisan liquip menjadi rosak dan kertas ujian kita menjadi kotor dengan huruf yang bercampur-aduk. (sekarang pembaca faham apa itu Palimpsest kan ?)

Terbukti para atisan Mesir biasa menggunakan metode Palimpsest pada masa purba. Jika seorang Firaun naik tahta, dia akan mengarahkan tulisan-tulisan lama di dinding diganti dengan tulisan yang menceritakan tentang kemuliaannya. Jadi artisan Mesir pun memplaster tulisan yang lama dan menggantinya dengan yang baru.

Disini, saya mendapati bahawa penjelasan ini seperti tidak terlalu tepat Cuba bayangkan, berapa besar kemungkinannya proses Palimpsest yang gagal, mampu membentuk satu imej helikopter yang sedemikian sempurna?

Namun, tidak lama kemudian ketika saya sedang sibuk mencari data tambahan, saya telah menemui sebuah foto yang mengejutkan dan akan membawa kajian saya ini ke pengakhirannya. Di dinding lain, di kuil yang sama, ada susunan hierogliph yang sangat mirip dengan ukiran helikopter yang arkeologi jumpa.


Lihatlah persamaannya. Berdasarkan foto ini, Palimpsest seakan-akan masuk akal. Boleh jadi hierogliph ini menunjukkan hierogliph awal sebelum ukiran itu mengalami proses Palimpsest.

Melihat foto ini, 'Teori Helikopter' masa purba mula kabur.

Ukiran yang mirip dengan kapal selam ternyata merupakan ukiran telapak tangan. Bekas-bekas ruas jarinya jelas terlihat di kedua-dua ukiran tersebut. Lagi pun, setelah dilihat berkali -kali saya merasa helikopter itu ternyata memang tidak mirip dengan helikopter. Apa yang kita sebut dengan kipas, terbukti bersambung dengan ekornya. Hidung helikopter itu terbukti bersambung dengan ukiran lain.

Tapi, jika ada petunjuk baru yang mematahkan dakwaan sebelumnya, maka saya rasa tidak ada salahnya untuk menerima kemungkinan baru.


Sebuah akhbar Arab bernama "Al-Sharq Al-Awsat" pernah memaparkan foto-foto yang diambil di dinding kuil Amon Ra di Karnak. Kononnya foto itu menunjukkan terdapat hierogliph yang mirip dengan ukiran yang ada di kuil Abydos. Di dalamnya juga dikatakan ada helikopter dengan kipas dan ekor.
 blablasesawang.blogspot.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan