Home Klik Di Bawah

Khamis, 13 Februari 2014

Highway Yang Mempunyai Permandangan Paling Indah di Hawaii

 Jalan highway biasanya menyajikan pemandangan yang membosankan, namun tidak yang satu ini. Ada sebuah highway di Hawaii yang malah terkenal kerana pemandangannya yang menakjubkan. Dikenali dengan nama H-3 Highway, atau John A. Burns Freeway, highway ini terletak di pulau O'ahu yang selesai dibina pada 1997.
Highway sepanjang 16 batu itu menghubungkan pangkalan laut Pearl Harbor di Pu'uloa dengan markas Tentera Laut Hawaii di Mokapu Peninsula. Highway ini berada di sepanjang jambatan yang berada di lembah Halawa sepanjang 6 batu melalui terowong gunung Ko'olau dan terus menyusuri lembah Haiku hingga mencapai kota Kaneohe. H-3 menawarkan pemandangan indah Oahu melalui lembah Halawa. Kerana  indahnya, tidak sedikit pengguna yang berjalan perlahan atau malah berhenti sehingga menyebabkan kesesakan. 
Sedangkan terowongannya juga berteknologi tinggi dengan ciri-ciri canggih seperti kotak panggilan kecemasan, pengesan karbon dioksida, pengesan asap, pengudaraan udara segar hingga stesen cuaca. Pembangunannya sendiri melalui banyak kontroversi kerana sempat ditentang komuniti pecinta alam sekitar pada 1980. Konstruksinya dianggap akan merosakkan ekosistem dan keindahan semula jadi di pusat tersebut. Namun senator Amerika saat itu berjaya meloloskan rancangan pembangunan ke Kongres dan akhirnya pembinaan bermula pada 1986.
H-3 juga termasuk highway paling mahal yang pernah dibina dengan dana per kilometer. Total pengerjaan menghabiskan US $ 1.3 bilion atau US $ 80 juta per kilometernya. Namun dana tersebut sudah termasuk pusat kawalan lalu lintas beserta peralatannya untuk memantau keadaan dalam terowong dan jika berlaku kemalangan. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan