Sebagaimana firman Allah SWT di dalam hadis Qudsi yang bermaksud :-
“Sudah
pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah
menziarahi kerana AKU. Sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang
saling cinta menyintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada
orang-orang yang saling bantu membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah
kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.
Sesungguhnya
sifat ikhlas akan memberikan kesegaran kepada jiwa, keikhlasan memberi
dan menerima dalam apa jua bentuk pertolongan atau pemberian dari setiap
individu muslim itu. Sifat
ikhlas itu perlu disemai sejak kecil lagi, kerana keikhlasan itu
membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan.
Tatkala hati dirundung sedih, hati akan tenang kerana keikhlasan dan
keredhaan yang tersemai didalam diri. Ketika hati diterjah kegembiraan,
ada kesyukuran meniti dibibirnya.
“Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mangasihinya” -(Riwayat Abu Hasan Al Basri)
Kerana
ikhlas satu rahsia Allah, tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui
siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun
mungkin kadang-kala susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas
atau sebaliknya. Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas “saya
ikhlas”. Ikhlaskah kita sebenarnya??
Kerana
ketidak ikhlasan dalam diri, jiwa akan menjadi rosak dan berdendam,
berdendam sememangnya dilarang dalam Islam. Keikhlasan bukan sahaja
memberi kesegaran kepada jiwa, tetapi boleh membuatkan anda bertambah
taqwa kepada Allah SWT.
Oleh
itu, kebersihan hati hanya boleh dicapai dengan iman dan taqwa kepada
Allah SWT, dengan secara langsung keikhlasan akan terpancar di jiwa.
Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada
seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain. Harapkan belas
ihsan dari Allah semata2. Nescaya lebih keberkatan didalamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan