Home Klik Di Bawah

Selasa, 18 Februari 2014

Info - Awas: Risiko Cuaca Panas


http://www.putrajaya.gov.my/graphics/news/cuaca_panas.jpeg 

Risiko Cuaca Panas

Cuaca panas yang melanda negara sejak tiga minggu yang lalu memberi risiko yang tinggi kepada kesihatanCuaca panas yang melampau ini memberi tekanan kepada tubuh manusia mengakibatkan serangan sakit kepala, keletihan, lemah tumpuan, pening, lemah otot atau kekejangan, mual dan muntah. Pada tahap kritikal cuaca panas boleh mengakibatkan serangan Strok Haba yang boleh membawa maut.

 

Kumpulan Berisiko Tinggi


1. Mereka yang bekerja diluar dan terdedah secara lansung kepada cahaya matahari.
2. Golongan dewasa yang berusia 40 tahun ke atas
3. Pesakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid. 
4. Kanak-kanak berusia dibawah lima tahun.

Cara Kurangkan Risiko Cuaca Panas


1. Memperbanyakkan minum air kosong dan minuman isotonik untuk mengganti garam serta mineral yang hilang ketika berpeluh. Jika kebiasaannya kita minum seliter air setiap hari, ketika cuaca panas kita semua disaran minum antara satu setengah dan dua liter,

2. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, 

3. Kerap mandi untuk menyejukkan badan, 

4. Elakkan mengadakan aktiviti di luar rumah. Sekiranya perlu berada di luar gunakan krim pelindung cahaya matahari untuk melindungi kulit dari terbakar.

5. Makanlah dalam "portion" yang kecil. Makanan yang dimakan dalam "portion" yang kecil akan lebih mudah dicerna. Elakkan makanan yang mengandungi protein yang tinggi, kerana makanan tersebut akan meningkatkan suhu panas dalam tubuh.

6. Pakailah pakaian yang berwarna putih atau terang. Ini akan membantu memantulkan cahaya matahari. Pakaian yang bewarna gelap akan menyerap haba panas.
5. Makanlah makanan yang ringan, hindari makan dengan porsi besar. Makan lebih sering dengan porsi kecil akan lebih mudah dicerna. Hindari pula makanan dengan protein tinggi, karena makanan tersebut makan meningkatkan panas dalam tubuh.
6. Kenakan pakaian dengan warna yang putih atau terang. Ini akan membantu memantulkan cahaya matahari. Pakaian bewarna gelap justru akan menyerap panas.
- See more at: http://inioke.com/Berita/4175-10-Tips-Menghadapi-Tingginya-Temperatur-Udara-dan-Cuaca-Panas.html#sthash.IifQdU8j.dpuf
myblogsantai.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan