Home Klik Di Bawah

Sabtu, 1 Februari 2014

Ketawa Yang Berlebihan Baik untuk Kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim
Kalau tengok tajuk entry kali ini agak-agak ramai ke yang percaya? 
 
Siapa kata ketawa yang berlebihan itu baik untuk kesihatan? 
 
Siapa sini boleh senaraikan rancangan-rancangan yang berunsurkan komedi? 
 
Terlalu banyak, dan gejala ini yang menyebabkan anak muda makin leka, lalai dan terlalu selesa dengan dengan situasi sekarang.
 
Tahukah anda Plato & Aristotle berpendapat bahawa ketawa boleh mendatangkan kesan yang buruk dan merbahaya. Oleh itu, Plato berharap pementasaan-pementasan hiburan yang tidak bermutu hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi dan orang upahan asing manakala golongan berkedudukan mulia dan para belia dilarang daripada menonton hiburan-hiburan yang boleh membangkitkan ketawa demi mencegahpenularan sifat-sifat buruk dalam diri mereka.
 
Sebagai umat Islam adalah lebih baik bagi kita mencontohi sunnah Rasulullah SAW, kerana Rasulullah adalah sebaik-baik contoh buat seluruh umat manusia. Baginda tidak pernah ketawa melewati batas. Baginda hanya tersenyum manis, dan setiap senyuman baginda itu punya peringkat-peringkat yang tersendiri. Dan peringkat yang paling tinggi adalah dimana Rasulullah SAW tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahamnya.
 
Menurut Imam Hassan Al-Banna, ketawa yang hukumnya harus adalah ketawa yang sedikit dan beradab kerana ketawa itu adalah fitrah yang tidak boleh dihalang tapi masih boleh mengawalnya. Manakal ketawa yang hukumnya haram adalah ketawa yang berlebih-lebihan kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan melalaikan hati..
Rasulullah SAW bersabda :
"Banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan seorang mukmin"
Rasulullah SAW telah melihat satu kaum yang ketawa berlebih-lebihan, lantas baginda bersabda :
"Kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa" 
Meh kita muhasabah diri, banyak lagi perkara yang lebih berfaedah kita boleh buat selain luangkan masa dengan tengok rancangan-rancangan yang cenggitu..Dan yang paling penting lepas baca entry ni siapa-siapa yang suka sangat tengok Maharaja Lawak, Running Man, etc tu delete je la.. ^^
Tukar, tengok 30 minit Ustaz Don ke UAI ke, depa pon pandai buat lawak jugak kan..
 
Sebelum undur diri, maaf andai tulisan ini mengguris mana-mana hati yang membaca.
http://annashwanurain.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan