Home Klik Di Bawah

Jumaat, 14 Februari 2014

Kisah Pendakwah Kristian Rosalyn Rushbrook Masuk Islam

Rosalyn Rushbrook rajin menulis buku-buku pengetahuan asas Kristian dalam bahasa Inggeris. Bahkan, beberapa bukunya disarankan untuk diajarkan di beberapa buah sekolah di England. Tapi itu kisah dulu dirinya. Pada tahun 1986, Rosalyn kembali kepada Islam dan menukar namanya menjadi Ruqaiyyah.

ruqaiyyah-waris-maqsood-_110602094902-525
Setelah menjadi seorang Muslimah, Ruqaiyyah tidak menghentikan aktiviti menulisnya, namun ia menulis khusus buku-buku keislaman. Sekarang ia telah menulis lebih daripada empat puluh buku mengenai pelbagai aspek agama, menumpukan pada indahnya menganut Islam dan pedoman bagi para muallaf.




Banyak daripada buku yang ditulisnya diterbitkan oleh Goodword Press dari New Delhi, termasuk Living Islam, The Muslim Prayer Encyclopedia dan buku-buku perundingan bagi remaja.

Beliau pernah diundang oleh Hodder Headlines untuk menulis buku Islam dalam bab World Faiths dalam siri buku popular di seluruh dunia, Teach Yourself .

Ruqaiyyah adalah di antara Muslim Inggeris pertama yang menerima penghargaan Muslim News Awards for Excellence pada tahun 2001, dan Muhammad Iqbal Award untuk Kreativiti dalam pemikiran Islam.

Walaupun begitu, kehidupan perkahwinan wanita kelahiran tahun 1942 ini tidak berpanjangan. Beliau berkahwin dengan penyair George Morris Kendrick pada tahun 1964 dan mempunyai dua orang anak.

Perkahwinan mereka berakhir selepas suaminya berpindah menganut agama Scientologis tahun 1986. Pada tahun 1990 pula, beliau berkahwin dengan seorang lelaki kelahiran Pakistan, Waris Maqsood Ali. Namun sembilan tahun kemudian mereka bercerai.

Menurut Ruqaiyyah, tidak ada yang lebih mudah daripada kembali menjadi Muslim.

“Itu adalah saat-saat ketika kita menyedari dengan sungguh-sungguh bahawa Allah itu memang ada, dan seorang lelaki kelahiran Arab bernama Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah utusan-Nya.

“Kemudian kita bersyahadah. Ini langkah pertama kita menjadi Muslim. Bertakwa, kemudian hati menjadi ihsan,” ujarnya.

“Bagaimana perasaan Ruqaiyyah selepas memeluk Islam?”

“Kita telah menjadi cukup dewasa untuk menyedari bahawa tidak semua Muslim itu suci. Mereka adalah manusia biasa dan kebanyakan daripada kita jauh daripada kesempurnaan,” ujarnya.
 http://kisahbest.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan