Home Klik Di Bawah

Ahad, 2 Februari 2014

Kisah seorang pakcik tua dengan pengurus bank

Seorang pakcik, berumur 70-an, datang ke sebuah bank untuk menyimpan duit. Beliau menyimpan duit setiap hari. Sekali simpan RM5 ribu, kadang-kadang RM8 ribu. Ada juga sampai RM12 ribu!!
pakcik bertaruh
Hal ini menarik perhatian Pengurus Bank. Banyak betul duit pakcik ni, tiap-tiap hari datang sini simpan duit, fikir Pengurus Bank.

Pengurus Bank pergi mendapatkan pakcik itu di kaunter urusan…



Pengurus Bank:
Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?
Pakcik:
Boleh jer.. ape salahnya…
Pengurus Bank:
Saya pengurus bank ni. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit tiap2 hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik keje ape sebenarnya?
Pakcik:
Saya tak keje. saya menang bertaruh..
Pengurus Bank:
Bertaruh? bertaruh camne tu?
Pakcik:
Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?
Pengurus Bank:
Ok. saya tak kisah.
Pakcik:
Macam ni…7 hari dari sekarang.. saya jamin.. ‘telur’ encik akan hilang..
Pengurus Bank:
Hahahaha.. macamana pulak ‘telur’ saya boleh hilang ni? Tak mungkin!
Pakcik:
Kalau encik tak percaya, tak apa..Minggu depan kalau telur encik hilang, encik kena bayar saya RM1000. kalau ‘telur’ encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1000. kita jumpa minggu depan, kat sini.
Pengurus Bank:
Ok…
Abis waktu keje, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tak percaya dengan kata-kata pakcik tu, dia tetap risau…

Malam, sebelum tidur dia akan periksa ‘telur’ ade ke tidak..Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa ‘telur’ kot2 kalau ‘telur’nya betul2 hilang!
Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7. Pengurus bank amat gembira hari ini. Dia akan dapat ‘rezeki terpijak’ RM1,000!! kerana ‘telur’nya masih selamat di tempat asal.
Pakcik si kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter utk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman.
Pengurus bank:
Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..
Pakcik:
Kenapa pulak?
Pengurus bank:
Nampaknya pakcik dah kalah.. ‘telur’ saya masih ada..
Pakcik:
Ye ke ada? tak percaya la… izinkan saya saya periksa dulu.
Kerana duit punya pasal…
Pengurus bank:
Silakan periksa…kalau pakcik tak percaya.
Pengurus bank bangun dan pakcik itu memegang ‘telur’ si pengurus bank.
Pakcik:
Ermmm.. Nasib encik memang baik.. ‘telur’ encik masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni..
Pakcik itu menghulurkan RM1000 kepada pengurus bank.
Pengurus bank:
Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok orang la dulu… hahahahaha… kasihan pakcik.
Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa-apa.
Selang 10 minit kemudian, pakcik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan.
Pengurus bank:
Aik pakcik? datang balik? nak buat apa pulak ni?
Pakcik:
Saya nak simpan duit.. Nahh RM6,000.. masukkan dalam akaun saya.

Pengurus bank:
Tapi… jap jap… boleh saya tahu, mana pakcik dapat duit sebanyak ni?
Pakcik dengan muka selambanya telah menjawab:
Tuuuuu… nampak tak 2 orang jaga kat luar yang tengah tengok kita tu?
Saya bertaruh RM3,000 dengan setiap seorang jaga.
Kalau saya dapat pegang ‘telur’ awak… mereka berdua kena bayar pada saya RM3,000 seorang… Nampaknya saya telah berjaya…. muahahahahha… jangan marah yer.
Pengurus bank:
!?  )*$^@(#^&)%#$@
Moral of the story (Pengajaran dari cerita)
  • Jangan sekali-kali bertaruh kerana ia adalah JUDI. Dan judi itu HARAM. BERDOSA jika dilakukan.
  • Jangan sesekali gunakan kepintaran anda untuk buat perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam. Walau ia nampak berjaya, tapi hakikatnya ia adalah bahana dan menambah sengsara.
 http://www.jiwarosak.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan