Home Klik Di Bawah

Rabu, 19 Februari 2014

Konsep Syukur Nabi Muhammad SAW

Konsep Syukur Nabi Muhammad SAW

Riwayat: Bukhari

Hadith: Daripada  Aisyah RA: bahawa Nabi SAW bangun di waktu malam (bersembahyang) sehingga pecah-pecah kedua kakinya. Aku bertanya kepadanya, “Kenapa engkau lakukan ini wahai Rasulullah SAW? Sedangkan Allah SWT mengampunkan dosa engkau yang terdahulu dan yang terkemudian”. Jawab baginda, “Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur?.”
 

Huraian Hadith:

Kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan.
Setiap muslim hendaklah melakukan ibadat sunat untuk membuktikan kesyukuran kepada Allah SWT.

Setiap manusia hendaklah berjuang melawan hawa nafsu dengan sentiasa beramal soleh untuk menjadi hamba yang lebih diredhai.
Seseorang yang menerima nikmat sewajarnya meningkatkan kesyukuran ke hadhrat Allah SWT.

Sumber: JAKIM (Konsep Syukur Rasulullah SAW).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan