Semalam, kami ada terbaca satu kes tentang tindakan kejam
seorang suami menendang perut isterinya yang sedang hamil empat bulan
sehingga mati. Di mana silapnya hubungan yang dibina selama lapan tahun
ini berakhir dengan tragedi yang menyedihkan? Sebenarnya ada rahsia
untuk terus mengekalkan rumahtangga yang bahagia yang bukan hanya
sekadar menjaga makan minum pasangan. Tetapi ia boleh bermula dari
perasaan.
KAWAL KEMARAHAN
Kemarahan akan wujud apabila berlakunya ketidakpuasan hati. Apabila ada
saja perkara yang tidak kena berlaku, manusia akan mudah meluahkan rasa
amarah tanpa memikirkan kesan. Kemarahan merupakan satu kecenderungan
manusia tetapi jika anda tahu punca kemarahan, anda perlu tahu
mengawalnya. Sila mendiamkan diri jika pasangan sedang marah. Bayangkan
jika masing-masing tidak mahu mengalah, mana mungkin ada jalan
penyelesaian. Perselisihan faham adalah perkara biasa buat suami isteri
teapi janganlah keterlaluan. Tidak ada pasang surut di alam rumahtangga
pun bosan juga.
HATI-HATI PERBUALAN
Elak sama-sama marah. Apabila salah seorang dari anda mengalah, situasi
tegang dapat dikawal dengan baik. Sebaliknya jika anda mula menengking
pasangan anda, ia akan menjadi topik yang lebih besar kerana jiran-jiran
akan mula masuk campur kerana terdengar pergaduhan anda. Isteri perlu
mendengar nasihat suami. Sebagai ketua keluarga, suami tahu peranannya
untuk menjaga nama baik keluarga. Jika anda menjawab dan
mempertingkaikan nasihatnya, perbualan yang baik akan bertukar menjadi
satu pergaduhan.
KRITIKAN MEMBINA
Meninggikan nada suara tidak akan membantu menjernihkan keadaan.
Beberapa ayat yang kurang baik akan kedengaran. Jika anda mahu
mengkritik, kritiklah dengan penuh kasih sayang. Usah tersilap kritik
kerana akibatnya pasangan anda akan terasa hati dan menyimpan dendam
buat anda. Cara mengkritik yang sesuai untuk suami isteri adalah dengan
merendahkan nada, menatap mata pasangan, meletakkan tangan anda di bahu
pasangan dan menghormati pendapat pasangan anda.
BERTOLAK-ANSUR
Anda sedar bahawa dunia hari ini berputar dengan pantas. Harga
keperluan semakin mahal dan adakalanya membebankan anda sekeluarga. Usah
memikirkan hanya anda sahaja yang keluar mencari rezeki. Meskipun
pendapatan anda tidaklah sebanyak seperti orang lain, anda sepatutnya
bertolak ansur dan tidak membiarkan beban digalas oleh salah seorang
saja. Kedua-duanya perlu memainkan peranan. Hubungan suami isteri lebih
indah apabila kedua-duanya sama-sama hidup susah dan senang. Ini bukan
masanya untuk mengatakan duit anda adalah milik persendirian. Kongsilah
bersama pasangan dan anak-anak anda.
BERI KEPUJIAN
Sambut, peluk dan cium pasangan anda biarpun dia baru balik dari kerja
dalam keadaan yang berbau masam! Ramai suami isteri menganggap tidak
perlu memuji dengan alasan sudah duduk serumah. Walhal, kesilapan kecil
bermula apabila tidak ada sesi memuji antara pasangan. Sesekali memuji
pakaian, solekan dan masakannya yang lazat boleh memberi satu perasaan
untuk bermanja. Memberi kepujian bermaksud anda masih menghargainya
kerana kehadirannya di dalam hidup anda selama ini. Tanpa pasangan anda,
anda tidak mungkin mempunyai anak-anak yang comel.
Kadang-kadang, manusia lupa bahawa perkara kecil boleh membawa kepada
masalah yang lebih besar di dalam hidup. Apabila masalah menjadi besar,
lama-kelamaan hilang perasaan sayang di dalam diri. Kebencian yang
tersimpan menyebabkan anda mula hilang hormat sehingga berlaku perkara
yang tidak masuk akal. Ha... Tunggu apa lagi? Hubungi pasangan anda dan
ucapkan ungkapan cinta penuh romantis supaya hari ini menjadi hari
istimewa buatnya.
sdkeluarga.karangkra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan