Home Klik Di Bawah

Ahad, 23 Februari 2014

Resepi - Daging Masak Palembang

DSC_0482bb
Salam……

Daging Palembang ni lauk kami hari ni…. Memang sedap sangat dan sangat disukai oleh anak2 saya…

Rasa daging ni lebih sedap dari rasa daging masak kicap….  rasanya seperti rasa daging masak  rendang hitam!! Memang sedap bila dimakan dgn nasi putih panas2 dan ulam2an!! Kalau dgn dimakan bersama nasi minyak atau briyani serta acar pun ia sangat sesuai!!!
sesiapa yg belum cuba resepi ni… silalah cuba ya… mesti tak nyesal!!





DSC_0475aa
… resepi saya ambil dari blog Amie.… thank ya amie for sharing….
Resepi Daging Palembang
Sumber : Kak Maria Hakem

Bahan-bahan:
700 gram daging – potong lebar dan nipis
2 batang serai – dititik
500ml santan pekat  - (boleh gantikan dengan kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
Rempah penumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.
- saya pula masukkan santan dan sedikit kerisik………….
DSC_0469aa 
http://www.potretkasih.com/
………….. two tumb!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan