Home Klik Di Bawah

Khamis, 27 Mac 2014

Allah Tak Beri Apa Yang Kita Mahu, Tapi Apa yang Kita Perlu.

Sessi diskusi pada petang itu berubah dari perbincangan Biologi kepada topik yang lebih penting. Suasana yang dingin kerana penghawa dingin yang setia menyamankan membuatkan hati-hati lebih enak untuk mendengar berbanding di luar yang panas.

Masing-masing dengan gelagat yang tersendiri. Ada yang sudah kepalanya syahid di meja. Mungkin letih kerana perbincangan yang terlalu lama. Buat semua orang bosan. Sudah pasti semua sudah menyangka bahawa otak sudah tepu, tiada lagi ruang untuk BIOLOGI agaknya.

Hana dari tadi langsung tidak menumpukan perhatian pada perbincangan. Dia asyik dengan laptopnya. Aku sengaja pergi kepadanya, sengaja mahu beramah mesra.
 


” Astaghfirullah… Hana.” sekadar di ungkap di dalam hati. Aku terkejut melihat penampilan Hana yang mendedahkan aurat di facebook.

” Hana tengah upload gambar ye?” Sengaja mahu curi tumpuannnya.

” Eh, Sumayyah. Ye.. baru-baru ni keluar dengan kawan-kawan”

“Urm… Hana..Hana tak pakai tudung? Hana tahu tak sebagai seorang Islam, Hana perlu menutup aurat. Kita tidak boleh mendedahkan rambut pada yang tidak berhak.” perlahan-lahan aku kabarkan pada Hana. Mudah-mudahan dia mahu menerima teguranku ini.

“Kenapa kena tutup aurat? Kenapa nak kena pakai tudung ni.? Kenapa perempuan kena tutup banyak. Laki sikit je.Kenapa dan kenapa?” Soal Hana dengan nada tidak puas hati.

Hening. Semua yang ada tertumpu pada aku dan Hana.

Suasana menjadi semakin dingin. Aku cuba mengawal situasi.

” Sayangku… kerana perlu. He knows best.”  Sumayyah membalas.

” Perlu?”

” Ye.. kerana Allah tahu wanita ini lemah. Kita disuruh menutup aurat demi keselamatan dan kemaslahatan kita semua. Bukan kepada perempuan saja, tetapi seluruh masyarakat dunia akan mendapat manfaat jika semua lelaki dan perempuan menutup aurat dengan sempurna. Kerana Allah sayangkan pada hambaNya. Allah sayangkan wanita, kerana itulah disyariatkan penutupan aurat.”

” Cuba Hana bayangkan kalau Hana tidak perlu langsung menutup aurat. Pasti Hana sendiri berasa jelik dengan diri sendiri dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Sesuailah dengan fitrah wanita itu sendiri yang kaya dengan sifat malu. Sebab itulah wanita lebih menutup berbanding lelaki.”

Sambung Sumayyah lagi… ” Kerana Allah mahu memelihara kehormatan wanita. Hana tahu tak, wanita itu harga dirinya terlalu tinggi. Sngat berharga. Bayangkan Hana ibarat hadiah yang terlalu mahal, sudah tentu Hana mahu dibaluti dengan sebaiknya, bukan dipamerkan untuk menjadi tontonan, dipegang-pegang, kemudian diletakkan semula. Lama-kelamaan, harganya akan mulai jatuh kerana kesan calar dan kotor dari tangan-tangan dan mata-mata yang tidak berhak dan tidak mampu untuk membeli Hana ”

Hana membalas, ” Selama ni Hana fikir Islam terlalu mengongkong wanita dengan syariat menutup aurat ni. Bagi Hana, masih belum mendapat hidayah, jadi tidak perlu bersusah payah hendak berubah. Tapi Hana tidak pernah terfikir bahawa apa saja yang disuruh olehNya merupakan keperluan buat kita semua”

Hana memang mudah menerima kebenaran. Adakalanya dia cepat melenting. Tapi diakhiri dengan kesudahan yang baik kerana cara berfikirnya yang selalu rasional.

” Benar Hana, kalau tiadanya pensyariatan menutup aurat ini, sudah tentu huru-hara jadinya dunia ini. Lihatlah di barat, pelbagai masalah yang timbul akibat tidak menutup aurat ni.” Balqis yang dari tadi membisu juga turut mengiakan jawaban dari Sumayyah.

” Apa maksud kamu Balqis?” Hana cuba ingin dapatkan penjelasan selanjutnya.

” Pelbagai jenis penyakit menyelubungi masyarakat barat seperti HiV, Hepatitis B, dan sebagainya akibat dari pendedahan aurat. Apabila syariat Allah tidak terlaksana, beginilah jadinya. Manusia akan hilang pertimbangan, lalu melakukan zina dan pelbagai lagi.” Balqis menyambung bicara.

” Hmmm… kita sering memandang barat sebagai satu dunia yang gah dan hebat. Lampu-lampu yang menghiasi kota itu, bangunan-bangunan yang mencakar langit itu,sebenarnya menyimpan pelbagai kisah hitam. Siapa tahu. Setiap hari ramai nyawa yang terkorban akibat bunuh diri. Kerana tekanan yang melampau.”

“Hana sudah faham… tanpa Islam. Manusia akan menjadi huru-hara. Jadi, amanah sebagai seorang khalifah sudah tentu tidak dapat dilaksanakan. Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Kalau diikut apa yang manusia mahu, maka sudah tentu nafsu akan menjadi tuhan. Habis musnah dunia ini tanpa pensyariatan dari Allah” Hana membalas dengan yakin. Kini dia sedar bahawa dia patut bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Islam.

Penderitaan yang dialami oleh Hana selama ini juga adalah merupakan sesuatu yang dia perlu, bukan apa yang dia mahu. Hana kini sedar bahawa dengan kesedihan yang dialaminya itu membuatkan dirinya lebih kuat dan tabah untuk menghadapi onak dan duri. Kini Hana lebih mengenali Tuhannya..
 serikandislam.blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan