Home Klik Di Bawah

Jumaat, 7 Mac 2014

Apa Yang Kita Rancang Untuk Akhirat Sebenarnya?

Bismillahi Wal-Hamdulillah.

Assalamu’alaikum wbt. Selawat junjungan ke atas Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan kudrat, ruang, masa dan paling buat ana bersyukur lagi, kerana masih dikurniakan ni’mat IMAN dan ISLAM serta ni’mat MEMPERJUANGKAN Islam. Allahuakbar!

Seperti biasa,

Pertama sekali, mari kita perbaiki syahadah kita;
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah.” 
 
Subhanallah. Al-Hamdulillah. Allahuakbar.

Apa yang kita rancang untuk akhirat kita sebenarnya?





3143776664_1c6fcd7060
… tertanya di dalam Qalbu.

Ya, apa sebenarnya?

Allahu..

Terlalu ‘sibuk’ sehingga perkara yang dianggap ‘kecil’ ini, sering terlepas pandang.

Ya, selalunya terlepas pandang. Kan?

Muhasabah buat roh dan jasad.

Maka, langkah seterusnya?

Rabb, tuntun langkah kami. Permudahkan segalanya. Kuatkan kami. Kuatkan kami melalui momen-momen ini. Ya, Qawiy (kuat). Lillahi Ta’ala.

Sama ada kita seorang jurutera, doktor, ustaz, tukang kebun, juruteknik atau apa sahaja.
Selitkanlah di hujung cita-cita ini mahu menjadi Daie. Ya, Daie.

Daie ibarat lampu pendaflour di jalan yang gelap. Ia memberi cahaya kepada pengguna jalan raya.
Jadilah seperti lampu pendaflour itu. Bermanfaat kepada diri sendiri. Bermanfaat kepada yang lain. Bukankah ia umpama kita manfaatkan dunia ini ke jalan diredhai Sang Pencipta?

“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.”
(Surah al-Kahfi 18 : 7)
 
Siapa yang lebih baik amalnya?

Ya, setiap perkara di dunia ini adalah ujian buat kita. Hatta, sesuatu yang kita sayang itu juga adalah ujian. Untuk upgrade iman atau sebaliknya.

Daie terbaik ialah Rasulullah. Apabila kita mempelajari kehidupan baginda, kita akan menemui contoh paling tepat untuk menjadi daie buat ummah.

Ya. Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam. Qudwah Hasanah yang tepat.

Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasulullah SAW.
Aisyah menjawab, “Akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran.”
(Hadith Riwayat Muslim)
 
“ Ya Allah, Kau keraskanlah hatiku dengan pujian, dan Kau lembutkanlah ia dengan nasihat dan teguran.”

Allahumma Aamiin. Aamiin Ya Mujib.

Berdo’alah kamu kepada Allah Ta’ala dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ya, yakin!

Kata Maulana Jalaluddin Ar-Rumi;

“Segala yang dari hati, akan masuk semula ke dalam hati. ”

Berbicaralah melalui hati. Berdo’alah melalui hati. Ya, qalbu.

Kalau hati itu baik, maka baiklah jasadnya, bukan setakat jasad, malah apapun perkara yang kita lakukan daripada hati yang baik akan menjadi indah. Percayalah. Dia Maha Mengetahui. Tiada hijab.

Sang Pemerhati.

Sang Rabb, mencintai kita.

Sangat.

Percayalah.
————————————————————————–
Daie.

Saat kita ‘lelah’.

Akan ada tangan-tangan yang mengenggam erat.

Akan ada tangan-tangan yang mendo’akan kita.

Tiap masa. Dalam diam. Tetapi penuh bermakna.

Membuat kita tidak pernah lupa;

Mahabbah Sang Rabb itu selalu ada untuk kita.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah.

Semoga ‘kamu’ sentiasa dalam Mahabbah-Nya.

“Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat : kamu pun menerima sebagaimana doamu itu.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Lillah! :’)

Tabarakallah.

Semoga Allah Redha.
i lu islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan