Home Klik Di Bawah

Isnin, 31 Mac 2014

Apakah Bukti Kejayaan Cinta?

Kahwin Islam 

Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dalam kejayaan mencari cinta sejati. Ia bermaksud kejayaan anda mengukuhkan keharmonian antara pasangan anda malah kekal sampai ke hujung nyawa anda.

Itulah kejayaan dalam cinta sejati yang amat di idam-idamkan oleh semua orang. Sebenarnya banyak faktor penting yang dapat menjayakan sebuah cinta yang sejati tetapi yang paling penting MATLAMAT CINTA anda kenalah jelas.



Jika matlamat cinta anda hanya untuk seketika sahaja lebih baik anda tidak perlu bercinta kerana jika anda bercinta, anda tidak akan berjaya dalam cinta anda.
.
Antara faktor-faktor lain yang amat penting ialah:

1. Fahami Diri Anda, Fahamilah Pasangan Anda.
2. Sayangi Pasangan Anda Seperti Anda Sayangkan Diri Anda.
3. Sentiasa Jujur dan Ikhlas Dalam Perhubungan.
4. Sentiasa Dapat Menyelesaikan Apa Jua Masalah.
5. Wujudkan Kesefahaman Dalam Bercinta.
6. Sentiasa Ada Kepercayaan Dalam Cinta.
Dengan adanya faktor-faktor berikut, maka tidak mustahillah sesebuah ikatan itu sangat kukuh dan akan memperoleh kejayaan dalam percintaan anda. Tetapi bagaimanakah anda dapat mengetahui sesebuah hubungan itu berjaya atau tidak?

 Anda fikirkan.. :)
pakar cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan