Home Klik Di Bawah

Rabu, 26 Mac 2014

Di Sebalik Rambut



Rambut diibaratkan mahkota bagi seseorang. Ada yang lurus, yang kerinting, yang panjang, yang pendek dan ada juga yang takdak langsung rambut. Berbagai fesyen dan warna, pendek kata, di sebalik rambut pula ada...

1) Walaupun dari segi zahirnya rambut orang Asia ini kebanyakannya berwarna hitam, akan tetapi akibat ingin membaratkan diri maka diorang sanggup mewarnakan rambut.



2) Untuk membentuk sahsiah diri yang lebih cemerlang ia memakan masa dan tekad yang kuat, tapi untuk membentuk rambut dengan pelbagai bentuk hanya perlu menggunakan minyak atau jelly rambut.

3) Ramai yang terpengaruh dengan iklan pencuci rambut bukan disebabkan kualiti produk yang dijual, akan tetapi modelnya. Adakala membeli syampu berdasarkan model syarikat mana yang paling menawan.

4) Salah satu bahagian aurat wanita adalah rambut dan tak patut dipertontonkan. Akan tetapi ramai orang lelaki yang lebih gembar menyorokkan rambut kerana takut disalah anggap akan status jantina diorang.

5) Terdapat berbagai-bagai jenis rambut, antaranya rambut ikal mayang dan rambut gatal. Bukan hanya penari sahaja mempunyai rambut ikal mayang dan bila pasangan korang curang jangan sesekali menyalahkan rambut gatal, salahkan pasangan korang yang memang gatal.

6) Rambut beruban itu bukan penyakit, jadi tak perlu risaulah jika rambut korang memutih. Itu hanya petanda bahawa korang makin tua dan bersyukurlah kerana korang sempat beruban daripada tak beruban.

Dengan rambut ini, macam-macam cerita dan perkara yang berlaku... Cuma ada yang tidak mengerti dan ada yang kurang memahami... Lantaklah fesyen macam mana pun rambut janji korang bahagia dan tiada berlaku kacau bilau... hehe! 
 shakroil.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan