Home Klik Di Bawah

Isnin, 3 Mac 2014

Fakta - Filem-Filem Terpanjang Di Dunia

  

Kebanyakkan filem dihasilkan dalam durasi(tempoh masa) antara sejam hingga dua jam 30 minit. Namun, terdapat beberapa filem tertentu yang dihasilkan dengan durasi yang sangat lama hingga membolehkannya tersenarai dalam kategori filem terpanjang di dunia. Sanggupkah anda menonton filem-filem ini? Berikut adalah Lima filem terpanjang di dunia. 
 
 
1.Modern Times Forever(Stora Enso Building, Helsinki)- 240 jam 
Filem garapan pengkarya seni, Danish daripada komuniti seni Superflex, dihasilkan pada tahun 2011. Dengan durasi 240 jam, iaitu 10 hari, file mini berkisar mengenai kejatuhan abad dunia dan memilih tiga lokasi utama, iaitu Denmark, Finland dan Vietnam. 
 
2. Cinematon.- 186 jam 
Filem eksperimental arahan pengarah Perancis, Gerard Courant dinobatkan terpanjang dalam sejarah sehingga 2011. Difilemkan sekitar 186 jam dan dipercayai filem ini dihasilkan dalam tempoh 30 tahun. Ia terdiri daripada 2,792 slot tanpa suara membabitkan selebriti, penulis, artis dan keadaan sekitar yang direkod tanpa bunyi dengan setiap satu slot berdurasi tiga minit 25 saat. 
 
3. Beijing 2013 -150 jam
Lebih terarah kepada rakaman video, namun tempoh masa 150 jam meletakkannya sebagai antara filem terpanjang di dunia. Mengisahkan kehidupan Bandar Beijing dan penghuninya dengan karekter utama hanya membabitkan tiga orang. Rakamannya hanya daripada lensa kamera yang dirakam di dalam kereta membabitkan beberapa jalan di bandar itu. Pembikinannya memakan masa selam 16 hari bermula 18 oktober 2003. 
Apa yang dirakamkan dalam tempoh 150 jam di dalam kereta?
 
4. Matrjoschka – 95 jam
Ia merupakan filem bergenre eksperimental hasil karya pengarah Jerman, Karin Hoerler dipertontonkan pada tahun 2006. Dalam masa 95 jam durasinya, filem ini diisi dengan tayangan silih ganti gambar statik, antaranya gambar kanak-kanak lelaki menaiki basikal, jalan raya, rumah, gajar dan langit. Logiknya, untuk menonton file mini tanpa henti akan memerlukan sekurang-kurangnya empat hari tanpa berganjak. 
 
5. The Cure for Insomnia- 87 jam 
Dihasilkan pada tahun 1987, filem ini perlu ditonton selama 87 jam hingga ke akhir cerita. Tiada plot dan kebanyakan slot diisi dengan bacaan syair sebanyak 4,080 muka surat oleh penggiat seni, Lee Groban. Ada antara bahagian jalan cerita diselitkan dengan momen muzik ‘heavy metal’ dan video lucah. Filem ini bagaimanapun tidak dikeluarkan dalam bentuk cakera padat. 
Sumber: Harian Metro, 17 Disember 2013, M/S V11 
Sanggupkah anda menonton filem-filem ini? 
www.bicaradariaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan