Home Klik Di Bawah

Sabtu, 22 Mac 2014

Inf0 - Fenomena Tiada Bayang Mulai 29 Mac 2014

Fenomena Tiada Bayang Mulai 29 Mac 2014   

Penduduk di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk di ibu negara berpeluang mengalami fenomena tanpa bayang pada 29 Mac ini pada pukul 1.20 petang dan pukul 1.10 petang pada 15 September 2014.

Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media memberitahu, fenomena itu akibat peredaran Bumi mengelilingi matahari dengan kecondongan satah Bumi pada sudut 23.5 darjah.




“Kawasan-kawasan yang berada dalam latitude 23.5 darjah utara dan 23.5 darjah selatan akan mengalami fenomena tersebut namun tarikh dan masa berbeza mengikut kedudukan lokasi.

“Sebagai contoh di Pulau Langkawi, fenomena itu akan berlaku pada 6 April ini pada pukul 1.24 petang dan 6 September, pukul 1.20 petang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, fenomena itu bagaimanapun bukan sesuatu situasi yang pelik kerana ia berlaku dua kali pada setiap tahun.

Tambah kenyataan itu, pada waktu itu orang ramai akan mendapati matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari.

Hal itu akan menyebabkan mereka tidak dapat melihat bayang-bayang sendiri sekiranya berdiri di kawasan lapang.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berkenaan fenomena itu diminta menghubungi Observatori Negara Langkawi AAN  di talian 04-966 8870.”
mynewshub

1 ulasan: