Home Klik Di Bawah

Ahad, 30 Mac 2014

Kesilapan Kerap Seorang Wanita

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah. Syukur kerana masih lagi dipertemukan dengan hari yang penuh dengan keberkatan ini. 
 
Hari ini nak berkongsi sedikit tentang KESILAPAN KERAP SEORANG WANITA. Maaf jika ada yang terasa hati kerana memang sudah kenyataannya begini. Entri ini wujud bukanlah bertujuan untuk merendah-rendahkan kaum Hawa melainkan untuk menjaga diri mereka. Hanya sekadar peringatan bersama. 


seindah-indah perhiasan dunia,wanita solehah,isteri solehah  
 



KESALAHAN PERTAMA: Menutup aurat itu adalah dengan memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA: Bertudung tetapi menggunakan 'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA: Bertudung tetapi terbelah kainnya hingga menampakkan apa yang tidak sepatutnya nampak.

KESALAHAN KEEMPAT: Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA: Bertudung tetapi menayangkan jambul seperti bonggol unta.

KESALAHAN KEENAM: Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH: Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN: Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KESEMBILAN: Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith:
Ertinya: ALLAH sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

KESALAHAN KESEPULUH: Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, akan ada seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman ALLAH SWT: 
"Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
Wallahu 'alam..
Naltaqi Ghadan...

p/s: maaf sekali lagi andai terdapat kekasaran dan kesilapan. Mana yang salah tu, sila-silalah betulkan....ok
 kum-pun.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan