Home Klik Di Bawah

Selasa, 4 Mac 2014

Resepi - Kambing Rendang Cabai

KAMBING RENDANG CABAI
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing – dipotong 3 x 3 sm
100 ml minyak untuk menumis
7 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
 

15 ulas bawang merah – dimesin halus
10 ulas bawang putih – dimesin halus
2 sm halia – dimesin halus
3 batang serai – ambil bahagian putihnya dan dihiris nipis
3 sudu besar tomato puree
5 sudu besar cabai giling
1 biji kelapa parut – diambil santannya
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak , tumis buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga berbau harum.
2. Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia. Kacau sehingga kekuningan.
3. Barulah dimasukkan serai, tomato puree dan cabai giling.
4. Tumis sehingga naik minyak.
5. Tuangkan daging kambing dan kacau sehingga rata.
6. Masak sehingga daging kambing berubah warna dan empuk.
7. Barulah dituangkan santan dan garam secukup rasa.
8. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
9. Sajikan bersama nasi atau boleh juga dimakan bersama roti. 
saji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan