Home Klik Di Bawah

Rabu, 12 Mac 2014

Syifa' Binti Abdullah Wanita Yang Cerdas dan Mulia



wanitadizamanrasullulah
Syifa' telah memeluk islam sebelum kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Dia berhijrah ke Madinah dan merupakan rombongan pertama yang berhijrah. Dia juga telah berbaiah dengan Rasullulah saw bahkan beberapa riwayat menyebutkan Rasullulah saw sering datang ke rumahnya bersama beberapa sahabat dan tidur siang (qailulah) di sana. 

Dia begitu rapat dan dipercayai oleh Rasullulah saw . Baginda pernah memintanya untuk mengajar para isteri baginda membaca dan menulis. Rasullulah saw pernah bersabda:"Ajarlah Hafshah cara mengatasi 'an-namlah' sebagaimana kamu telah mengajarkannya menulis." 
 

Atas jasanya dalam dunia pendidikan, Rasullulah saw membina sebuah rumah untuknya di Al-Kahhalin. Dia tinggal bersama anak lelakinya di rumah itu. 

Syifa' merupakan seorang sahabat wanita yang mulia, memiliki kecerdasan dan pendapat bernas. Umar bin al-Khattab selalu berbincang dengannya dan memberikan kepercayaan urusan pasar kepadanya. 

Dalam periwayatan hadis, Syifa' juga meriwayatkan langsung daripada Rasullulah saw dan Umar bin al-Khattab. Abu Daud juga meriwayatkan daripada Syifa' 

Berikut adalah sebuah hadis riwayat Syifa' tentang afdhalul a'mal (perbuatan-perbuatan yang utama) dalam mushab al-Isobah melalui Mas'ud. Suatu hari Rasullulah saw ditanya tentang hakikat iman. Baginda menjawab,"Beriman kepada Allah, berjihad di jalan Allah dan haji yang mabrur. "

Tentang keperibadian Syifa', Ibnu Sa'ad menyebutkan bahawa dia tergolong wanita yang cerdas dan mulia. Rasullulah saw selalu mengunjunginya dan rehat pada siang hari di rumahnya. 

Syifa' juga menyediakan tilam serta sarung khusus untuk Baginda tidur. Ketika asy-Syifa mempunyai anak pun , Rasullulah saw masih sering mengunjunginya sehingga akhirnya Marwan bin Hakam datang mengambil anak lelaki Syifa' daripada Rasullulah saw. 

"Syifa' merupakan seorang sahabat wanita yang mulia, memiliki kecerdasan dan pendapat yang bernas....."

Diolah semula mselim3
Sumber 100 wanita di zaman Rasullulah saw
 http://mselim3.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan