Home Klik Di Bawah

Ahad, 2 Mac 2014

Tanda cinta semakin pudar (Cuba Check) Bah 1

Berikut ini saya kongsikan tanda-tanda cinta yang semakin pudar dan telah dipenghujungnya.
Kalau korang punya pasangan ada menunjukkan ciri-ciri @ tanda-tanda seperti dibawah ini. Itu maknanya perhubungan korang dalam tahap bahaya dan harus berhati-hati. Kerana cinta itu bakal punah…. huhu

 




Cuba check…

  1. Malas angkat telefon
  2. Mula bagi macam-macam alasan
  3. Buat buat macam-macam hal
  4. Asyik-asyik cakap malas, malas, malas…
  5. Bila ajak keluar, asyik-asyik kata dia busy, sibuk memanjang
  6. Mula keluar dating dengan pakaian yg selebet
  7. Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati
  8. Bila tanya soalan, dia tak jawab & biarkan soalan tergantung tak bertali
  9. Lupa hari jadi
  10. Mula mengelakkan diri dari berjumpa
  11. Mula keluar dengan orang lain
  12. Dia dah tak kisah kalau tak jumpa. Sebulan tak jumpa pun tak apa
  13. Ada date, tapi lupa nak datang…bagi alasan lupa la apa laaa
  14. Jawab sms kalau dulu 10 patah, sekarang dah 1 patah. Tu pun ringkasan mcm ‘k’
  15. Dah tak layan macam dulu
  16. Apa kita buat semua tak betul dimata dia
  17. Ada saja kelemahan kita yang dia nampak
  18. Dia nampak kelemahan kita lebih dari melihat kebaikan
  19. Taip sms pun pendek-pendek jer
  20. Bila kita cakap i love u, dia balas ‘emmmmm’ jer
  21. Bila tanya tetibe jer dia nak melenting tak tentu pasal
  22. Bagi alasan kita ni terlalu baik macam malaikat dan tak sesuai dengan dia. Tapi masa mengorat dulu tak perasan pulak diri diea macam setan…huhu
  23. Bila ajak jumpa parent, macam-macam cara dia cuba mengelak
  24. Bila cakap pasal kahwin, dia buat tak serius. Cuba lari dari topik.
  25. Dia dah tak kisah apa jadi kat pasangan
  26. Kita yang beria-ria, tapi dia buat macam acuh tak acuh jer
  27. Susah nak senyum @ gurau @ gelak ketawa dengan kita
  28. Dia beri perhatian lebih pada orang lain…lebih suka kawan-kawan dia dari kita
  29. Dengan orang lain, dia boleh mengaku single
  30. Status kat facebook, dia letak ‘single’
seterusnya ...................... sambung ke bahagian 2

Sedikit tips:
Kalau korang nak tahu pasangan korang betul-betul cinta dan jujur dengan korang, cuba beli beli sim kad nombor lain. Cuba buat sms sesat…beri mesej yg romantik…cakap nak berkenalan ker apa ker. Dalam masa yang sama, korang SMS juga mesej dari henpon nombor lama. Cuba tengok dia ada balas yang mana satu dulu. Kalau dia balas sms nombor baru, ertinya memang betul dia dah boring dan bosan dengan korang. Dia memang tak jujur pada korang. Bye bye sayonara kan jer ngan orang camtu. huhu
Sekian.
pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan