Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api"
Hadis Riwayat At-Tirmidzi.
Maka benar Allah dalam sabda Nabi-NYA yang bermaksud:
"Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah harta kamu dengan car berzakat
dan hindarilah bala dengan car berdoa".
Jadi secara rumusnya, amalan bersedekah itu dapat memanjangkan umur dan
menjaga kesihatan. Kenapa? Sebab hati akan sentiasa tenang dan merasakan
diri harus dijaga dari segi pemakanan dan pakaian untuk sentiasa aktif
beribadah kepada Allah. Selain itu sedekah sebenarnya dapat melipat kali
gandakan bukan sahaja pahala malah harta kekayaan. Mungkin ada
sesetengah daripada kita yang berfikir kalau kita bersedekah, duit
habislah. Bukan dapat balik. Masya-Allah. Ingatlah, tuhan maha melihat.
Kejujuran kita bersedekah itu pasti di balas-NYA.
INGATAN PENTING UNTUK ORANG YANG INGIN BERSEDEKAH
Bolehkah lepas anda membaca ini, anda bersedekah? Bagi lelaki, apa
salahnya letakkan RM1 dalam tabung masjid sembahyang JUMAAT? Malu ke
sangat nak berbuat demikian? Atau rasa macam tak ada makna je?
Fikirkanlah. Yang untung nanti bukannya sahabat sebelah kita, tapi kita
sendiri. Hati perlulah yakin kepada Allah. Tapi bolehkah juga bersedekah
dengan iklas? Walau kita tahu balasan BAIK dengan bersedekah, jomlah kita bersedekah dengan iklas (tanpa harapkan balasan) boleh?
Anggaplah sebagai itu satu kewajipan menolong orang. Nanti suatu hari
mungkin orang akan tolong kita pula. Macam kes aku misalnya, selepas aku
mulakan amalan bersedekah, rezeki aku makin murah (betul tak tipu) dan
hanya Allah yang mengetahuinya. Aku iklas sedekah untuk dapat pahala.
Balasan baik yang lain biarlah Allah yang memberi. Yang penting hati
sentiasa tenang.
yellowcatch.blogspot
betul....amalan bersedekah tu sangat mulia
BalasPadam