Home Klik Di Bawah

Khamis, 17 April 2014

Allah Itu Dekat

Seseorang yang jauh sering kita kenang-kenangkan. Tapi Allah yang dekat, selalu kita lupakan..”

Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, Quran [50.16]

Aku malu kepada Allah. Terlalu banyak kenikmatan yang diberikanNya tanpa kupinta-pinta. Tapi Allah beri jua kerana kasih kepada hambaNya. Mengalir air mataku kerana terkenangkan dosa yang begitu banyak menyelubungi diri. Tanpa ku sedar bahawa mati bakal menjemput bila-bila masa saja.

Allah……. terasa berat bebanan ini. Bebanan malu kepadaMu ya Allah. Tetapi lebih berat lagi kerana maluku ini  akan mendatangkan siksaan dan kemurkaanMu.



Sesungguhnya hati yang dekat pada Allah, yang selalu megingati Allah adalah hati yang bersih. Yang suci dari dosa yang keji.

Bukan ku tidak dengar peringatan tentang Hari Pembalasan. Bukan ku tidak tahu dosa-dosa yang dibenci oleh Allah. Bukan ku tidak sedar bahawa kehidupan untuk ku pada hari esok belum tentu ada.
Tapi mengapa masih diriku suka melakukan kemungkaran? Mengapa ya Allah? Adakah kerana Kau tidak kasih pada hambaMu ini?

Sudah tentu tidak. Sesungguhnya kami sendiri yang menzalimi diri kami. Kami yang tidak sayang pada diri kami sendiri.

Kami khabarkan padaMu bahawa kami takut akan seksa api nerakaMu, tetapi kami tidak berusaha untuk menjauhinya. Kami pinta padaMu agar dikurniakan syurga yang indah, tetapi kami tidak berusaha untuk mendekatkan diri kami padanya.

Ya Allah..kami seringkali mengucapkan kata taubat, tetapi esok kami ulangi dosa yang sama.
Ampunkanlahku ya Allah..
 serikandislam.blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan