Home Klik Di Bawah

Selasa, 8 April 2014

Amal Ibadat Kita Sekarang Adalah Untuk Bekalan Di AKHIRAT Kelak

Seorang ketua supervisor yg telah berkhidmat melebihi 30 tahun di dlm sebuah syarikat ‘property developer’ ingin bersara dan mengemukakan surat permohonannya kepada majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju menerima permohonan persaraannya tetapi dengan syarat ketua supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah. Ketua supervisor dgn berat hati bersetuju.

Kerana tidak sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya. Setelah siap rumah tersebut, terkejut ketua supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya. Amat menyesal dalam hati ketua sepervisor tersebut kerana tidak membina rumah yg bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.

AMAL IBADAH KITA SEKARANG ADALAH UNTUK BEKALAN DI AKHIRAT KELAK 




Saudaraku yang seakidah, sebenarnya, inilah yang akan terjadi pada setiap dari kita. Sebenarnya kita sekarang sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita di akhirat… Kita beribadah untuk Allah semata-mata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat-sangat memerlukan Allah.

Ingatlah, sebenarnya dengan SHOLAT dan IBADAH kita, kita sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri. Jika kita membangunnya dengan sambil lewa, maka jadinya akan seadanya. Jika kita membangunnya dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai usahanya.

Allah ta’ala berfirman:

“Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk DIRINYA SENDIRI, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk DIRINYA SENDIRI. Tuhanmu bukanlah Dzat Yang Menzalimi para hamba-Nya.” -Fush-shilat: 46

Renung-renungkanlah.

Wallahuaklam.
 http://islammy.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan