Home Klik Di Bawah

Selasa, 1 April 2014

Bagaimana Mengatasi Perasaan Cemburu Tahap Gaban

Apabila anda mempunyai pasangan atau kekasih yang amat sayangi anda pasti akan merasa cemburu apabila pasangan anda didekati oleh wanita lain. Ini apatah lagi kalau wanita itu cantik dan menarik. Sifat cemburu sebenarnya bagus bagi memastikan pasangan anda tidak dirampas oleh orang lain, namun cemburu yang berlebihan boleh menimbulkan masalah yang serius dan boleh memutus perhubunga. Disini kita akan membincangkan bagaimana mengatasi perasaan cemburu ini.

bagaimana mengatasi perasaan cemburu 



  Bagaimana Mengatasi Perasaan Cemburu Tahap Gaban


# 1 Kenapa Anda Merasa Cemburu
Kenalpasti sebab kenapa anda merasa cemburu. Cemburu selalunya disebabkan pengalaman silam anda dan keadaan semasa. [Baca Bagaimana Pengalaman Silam Menjadikan Anda Menjadi Mudah Cemburu]

# 2 Luahkan Perasaan Anda
Luahkan perasaan cemburu anda, terangkan kepada pasangan anda berasa cemburu berkaitan sesuatu dan pohon penjelasan dari pasangan anda. Jangan pendam perasaan anda dan terangkan mengapa anda berfikiran begitu. Pastikan anda bercakap dengan nada baik dan dengan nada tenang tanpa amarah.

# 3 Bertanya
Sekiranya anda cemburu bertanyalah kepada pasangan anda. Jangan simpan perasaaan itu lama-lama yang mungkin akan memburukkan keadaan.

# 4 Kenali Rakan-rakan Pasangan Anda
Bagi mengelakkan cemburu anda digalakkan mengenali rakan-rakan pasangan atau kekasih anda. Dengan mengenali rakan-rakan pasangan anda dapat membantu anda mengenali dunianya dan membolehkan anda berfikiran rasional dan menguatkan kepercayaan anda kepadanya.

# 5 Berfikran Positif
Sentiasa berfikiran positif dan jangan asyik berfikir yang bukan-bukan terhadap pasangan anda.Sekiranya anda berasa cemburu sila fikir sedalam-dalamnya dan pastikan anda mempunyai alasan yan g kukuh.

# 6 Percaya Kepada Allah
Percaya bahawa sekiranya dia adalah jodoh anda maka tiada apa yang akan menggugat kasih dan sayangnya terhadap anda. Sentiasa berdoa agar hubungan anda berkekalan hingga ke akhirat kelak.
 bagaimana.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan