Home Klik Di Bawah

Ahad, 27 April 2014

Bahayanya Pujian


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiks75whvVL8pXbu6i1zeA5SO6DkRXx3ojFRsP654dc-rjJehNvmNioT4-hADRMLFjNo8UheXcseHEIIIzeaAgeNGbTBtRvsf2CMWWAF5RSkfeT5CaxGD1BE_fjIo-zTXhLPvTqTAGHR9d/s1600/1029_406025212804199_1316674674_n.jpg 
Doa Ketika Menerima Pujian

Bahaya Pujian


Bahaya pujian adalah kisah pilihan renungan dariBlog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua. Bila kita bercakap mengenai pujian, sebagai manusia kita pasti suka. Samada ianya dilafazkan secara ikhlas atau tidak, bukanlah masalah bagi yang menerima pujian kerana naluri manusia biasanya suka pada pujian dan tidak suka pada kritikan.

Namun tanpa kita sedari, pujian ini sebenarnya adalah ujian dari Allah. Bahaya nya amat besar. Antaranya:
 


1. Pujian boleh membuat kita leka. Dek kerana terlalu banyak pujian, kita akhirnya leka. Kita akan merasakan diri kita yang paling baik, yang paling sempurna dan mungkin diri kita yang paling soleh amalnya. Akhirnya ia bakal merosakkan diri kerana apabila kita leka kita tidak akan berubah kepada sesuatu yang lebih baik. 

 "Menyukai sanjungan dan pujian membuat orang buta dan tuli." (HR. Ad-Dailami).

2. Pujian boleh membuat kita bangga diri. Tanpa sedar mungkin perasaan bangga diri tu akan bertapak dalam hati. BANGGA diri atau kagum terhadap diri sendiri adalah penyakit hati yang akan merugikan diri kita sendiri.

Firman Allah bermaksud: “Jangan kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.”(Surah Al-Qashash, ayat 76)

3. Pujian boleh membuat kita lupa diri. Hanya kita yang mengenali diri yang sebenarnya. Masalah akan timbul apabila yang memberi pujian hanya nampak pada luaran. Dalamannya mungkin berbeza. Namun dek kerana leka oleh pujian, kita terpaksa menjadi hipokrit. Malangnya sifat hipokrit selalunya tidak akan kekal lama kerana itu bukan diri kita yang sebenar. Bila hipokrit hati kita tidak akan menjadi ikhlas.

So kita kena sentiasa ingatkan diri agar tidak leka dengan pujian dan jangan terlalu berlebihan dalam memberi pujian. Hanya Allah yang "berhak" kepada setiap pujian kerana apa yang ada pada kita adalah hak milik Allah. Ucapkan Alhamdulillah jika menerima pujian, dan berdoalah supaya Allah menjadikan kita lebih baik dari apa yang diperkatakan.
BLOG SANTAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan