Balal dijatuhi hukuman mati selepas ia terbukti bersalah membunuh seorang pemuda bernama Abdollah dalam satu pergaduhan tujuh tahun lalu. Balal dan mangsa yang sama-sama berusia 17 tahun ketika itu.
Hukuman di Iran mewajibkan banduan mendapat kemaafan dari keluarga mangsa jika hukuman mati ingin dibatalkan. Sehingga jadual pelaksanaan hukuman mati tiba pada Selasa (15/4/2014). Balal berteriak meminta diselamatkan ketika tali sudah dikalungkan di lehernya.
Tiba-tiba, ibu mangsa mendekatinya dan menampar pipinya kemudian, wanita separuh umur itu mengatakan bahawa ia memaafkan perbuatan Balal terhadap anaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan