Home Klik Di Bawah

Selasa, 29 April 2014

Fakta - Kenapa Sinar Matahari Senja Berwarna Jingga

matahari-warna-jingga   

Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna pelangi. Setiap cahaya mempunyai panjang gelombang yang tersendiri. Panjang gelombang yang berbeza ditafsirkan oleh otak manusia sebagai warna.

Cahaya akan bergerak dalam satu arah yang lurus selagi tiada halangan dalam bentuk gelombang. Apabila cahaya matahari melalui atmosfera, cahaya ini akan berlanggar dengan molekul-molekul sehingga ada yang terpantul atau terbias. Daripada 7 warna cahaya, warna ungu dan biru mempunyai frekuensi yang paling tinggi dan menyebabkan campuran warna biru dan ungu paling banyak terbias. Warna biru dan ungu ini pula akan terpantul dalam banyak arah dan sebab itulah kita nampak langit berwarna biru.



Begitulah sebaliknya apabila petang sewaktu matahari terbenam. Pada kedudukan itu, jarak matahari dan kita berada pada kedudukan paling jauh berbanding sewaktu tengahari. Semakin jauh kedudukan matahari waktu itu menyebabkan warna merah dan jingga yang berfrekuensi paling rendah dapat sampai pada penglihatan kita . Campuran warna merah dan jingga menyebabkan warna jingga kemerahan yang masih berada di atmosfera.

Sebab itulah pada waktu senja kala matahari terbenam, langit berwarna oren atau jingga atau jingga kemerahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan