Home Klik Di Bawah

Jumaat, 25 April 2014

Fakta Laut Menurut Al-Quran Nur Karim Writt

SEJAK kehilangan dan misteri pesawat MH370 yang dinyatakan berakhir di selatan Lautan Hindi, para penyelidik antarabangsa menumpukan perhatian ke lokasi koridor tersebut.
Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut serta pendapat para ulama Islam.
 
 
Informasi terkini dalam ilmu kelautan:

1) Laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur dengan tenaga dan sinar matahari; dan laut dalam di mana tenaga dan sinar matahari tidak lenyap.
 
2) Laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.
 
3) Gelombang dalam (internal wave) menutupi laut dalam dan merupakan garis pemisah antara laut dalam dan laut permukaan.
 
Sebagaimana arus permukaan itu menutupi permukaan laut dan menjadi pemisah antara air dan udara. Gelombang dalam ini tidak ditemukan kecuali pada tahun 1904. Panjang gelombang dalam berukuran antara puluhan hingga ratusan kilometer.
 
Sedangkan tinggi gelombang dalam berukuran antara 10 hingga 100 meter.
 
4) Kegelapan di lautan dalam semakin bertambah seiring kedalaman lautan hingga didominasi kegelapan pekat yang dimulai dari kedalaman + 200 meter.
 
Pada kedalaman ini dimulai penurunan suhu yang memisahkan antara air permukaan yang hangat dan air kedalaman yang dingin. Selain itu, pada kedalaman ini terdapat gelombang dalam yang menutupi air dingin di kedalaman lautan. Lalu cahaya tidak ada sama sekali pada kedalaman + 1,000 meter.
 
5) Alat paling sederhana untuk mengukur kedalaman tembusan cahaya di perairan samudera adalah The Secchi Disk.
Kemudian alat pengukuran cahaya mengalami perkembangan dengan menggunakan sel-sel elektrolight pada tahun 30-an, seterusnya setelah manusia berjaya mencipta alat yang memungkinkan mereka untuk menyelam hingga kedalaman, bahkan ke dasar laut.
 
6 ) Kegelapan pekat yang dimulai dari 50 hingga 1,000 meter terjadi akibat berlapis-lapisnya kegelapan, dan ini timbul kerana dua sebab utama.
 
Pertama, kegelapan kedalaman. Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna (merah, jingga, kuning, hijau, nila dan ultraviolet serta biru). Masing-masing warna memiliki panjang gelombang tersendiri. Kemampuan cahaya untuk menembus air tergantung pada panjang gelombangnya. Semakin pendek gelombang cahaya, maka semakin besar kekuatannya untuk menembus air.
 
Kerana itu, cahaya warna merah akan terserap pada kedalaman + 20 meter, dan setelah itu keberadaannya tersembunyi. Dari sinilah muncul kegelapan warna merah.
 
7) Hakikat dan misteri laut ini sejak sekian lama telah digambarkan oleh al-Quran. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :
 
 “Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” (An-Nuur : 40).


Al-Quran memastikan keberadaan beberapa kegelapan di lautan yang dalam. Al-Quran menjelaskan dengan kata ‘lujjiyyin’ (sangat dalam) agar pembaca tahu bahawa kegelapan-kegelapan tersebut tidak ada kecuali di laut yang dalam. Ahli bahasa dan mufassirin menjelaskan kata tersebut. Qatadah dan penulis tafsir Al-Jalalain mengatakan bahawa kata lujjiyyin bererti ‘dalam’.
 
Az-Zamakhasyari mengatakan ertinya adalah dalam lagi banyak airnya. At-Tabari mengatakan:
 
 “Kata laut disifatkan dengan kata ‘lujjiyyin’ yang bererti dalam dan banyak air. ’’
8) Sementara al-Busyiri mengatakan bahawa maksudnya adalah laut yang tidak diketahui dasarnya. Kata tersebut terambil daripada kata ‘lujjah’ yang bererti banyak air. Kata ‘iltajja’ al-bahru bererti laut itu saling berhentaman ombak-ombaknya.
 
Al-Quran menetapkan peranan ketiga tabir dalam membentuk kegelapan-kegelapan di laut yang dalam, dan bahawa kegelapan tersebut bertindih-tindih. Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan tentang tujuh kegelapan di kedalaman pada bahagian awal, dan tiga kegelapan tabir di bahagian akhir. Wallahu’alam.
tao tau ajer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan