Home Klik Di Bawah

Rabu, 30 April 2014

Info -10 Kegunaan Baking Soda Untuk Kecantikan


kegunaan baking soda dalam kecantikan
Gambar : .womenshealthmag.com
Baking soda adalah bahan yang kerap digunakan dalam masakan terutamanya kek dan kuih muih dalam meringankan tekstur. Namun tahukah anda bahan masakan ini sebenarnya mempunyai banyak kegunaan dalam kecantikan ?



1. Deodorant
Campur baking soda dengan sedikit air , ia akan membentuk satu pes lembap. Sapukan di bahagian bawah lengan.

2. Mencegah Kelemumur 
Campur sedikit baking soda dalam syampu dan gunakan seperti biasa. Kaedah ini jaga akan memberi volume pada rambut.

3.  Dry shampoo
Tak perlu membazir beli syampu kering, tabur sedikit baking soda pada akar rambut dan ratakan.

4. Jerawat
Campur baking soda dengan madu dan letakkan pada jerawat selama 15 minit, kemudian bilas.

5. Putihkan gigi

i) Campurkan 1 sudu makan baking soda dan 5 titik hydrogen peroxide hingga menjadi satu pes. Tambah beberapa titik air jika perlu. Sapukan solusi ini ke gigi anda dengan rata menggunakan berus gigi dan biarkan selama 5 minit

Gosok gigi seperti biasa dengan menggunakan ubat gigi.

ii)  Campur baking soda , strawberry, dan jus lemon . Gunakan pes untuk menggosok gigi.

6. Eksfloitasi kulit

Campur dengan sedikit air di tapak tangan anda dan gosok pada muka  untuk menanggalkan sel kulit mati. Boleh juga dicampur dengan pembersih muka anda.

7. Mengatasi nafas berbau
Masukkan 1 sudu kecil baking soda dalam setengah gelas air dan kumur.

8. Membersih alat kecantikan
Sikat anda boleh dikotori dengan minyak pada rambut. Cuci sikat dengan air suam bercampur dengan 3 sudu makan soda.

9. Manicure Pedicure
Campur dengan peroxide dan skrub pada kuku. Untuk kaki, campur 2-3 sudu makan dengan air untuk merendm kaki . Anda boleh tambah minyak pati (seperti minyak lavender) untuk haruman dan rendam selama 20 minit. Skrub kaki menggunakan pes pekat campuran baking soda dan air.

10 . Mencerahkan kulit
Campur dengan 1 sudu makan jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Selepas membersihkan muka, sapu pes pada muka dan biar selama 10 minit. Bilas.
 http://www.wanista.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan