Home Klik Di Bawah

Isnin, 28 April 2014

Info -Kotaraya Pilihan Pelancong Dunia


istanbul 
Senarai tahunan yang dikeluarkan oleh TripAdvisor iaitu Traveller’s Choice Destination Award telah menobatkan bandaraya Istanbul, Turki sebagai kotaraya pilihan utama pelancong dari seluruh dunia.
Berikut merupakan senarai sepuluh kotaraya pilihan pelancong yang dikeluarkan oleh portal MSN, baru-baru ini:





istanbul  
1. Istanbul, Turki
Kota kosmopolitan yang dipenuhi bangunan seni bina tradisional menjadikannya bandar raya yang wajib dikunjungi dalan lawatan ke Grand Bazaar yang dibuka sejak 1460-an, tidak wajar dilepaskan.

Rome-Italy_2501454b  
2. Rome, Itali
Bandar Itali ini bukan saja penuh bersejarah malah mempunyai tempat-tempat yang menarik seperti Trevi Fountain dan Gereja Sistine. Di sini juga terletaknya Vatican City.

london  
3. London, England
London yang menjadi antara kotaraya ikon kepada benua Eropah, masih amat popular di kalangan pelancong dengan mengekalkan kedudukan di tempat ketiga seperti tahun lalu.

beijing  
4. Beijing, China
Ibu negara China ini mempunyai penduduk lebih 21 juta orang iaitu kotaraya kedua terbesar selepas Shanghai. Antara tempat menarik di sini pastinya Kota Larangan (Forbidden City) yang menjadi istana dan pusat pentadbiran zaman feudal China selain Kuil Syurga serta lebih 100 muzium.

prague  
5. Prague, Republik Czech
Prague, kaya dengan budaya dan kehidupan tradisinya. Sepanjang tahun lalu saja, kota ini menarik kehadiran lima juta pelancong antarabangsa. Banyak tempat bersejarah di sini menjadikannya dipilih sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
ideal-tours-marrakech  
6. Marakech, Maghribi
Kota ini menjadi pusat budaya di Afrika Utara. Marakech mengalu-alukan kehadiran pelancong dari merata dunia yang terus bertambah setiap tahun. Malahan ia satu-satunya kota raya dan benua Afrika yang menjadi pilihan di kalangan pengembara dan pelancong sebelum berlaku kegawatan politik di Mesir.

paris  
7. Paris, Perancis
Kota raya ini memang menjadi impian setiap pelancong. Paris terus menawarkan pelancong peluang untuk berseronok, antaranya pemandangna menakjubkan selain memiliki banyak galeri yang menyimpan koleksi seni terbaik dunia.

hanoi  
8. Hanoi, Vietnam
Pelawat ke bandar ini akan menemui banyak artifak menarik yang mempunyai hubung kait dengan sejarah negara ini.

siem reap  
9. Siem Reap, Kemboja
Tarikan utamanya ialah kompleks kuil purba iaitu Angkor Wat yang dipercayai dibina pada abad ke-12.

shanghai  
10. Shanghai, China
Walaupun kemunculan banyak pencakar langit dengan rekaan kontemporari memikat pelancong, kota raya ini masih mengekalkan bangunan lama, khususnya yang mempunyai nilai sejarah. -
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan