Home Klik Di Bawah

Rabu, 9 April 2014

Kenali Jenis-jenis Ikan Yang Pelikdi Dunia

Di dalam dunia yang penuh misteri ini, haiwan jenis ikan juga turut mewarnai keanehan dunia.  Kepelikan rupa ikan-ikan ini menarik perhatian para pengkaji untuk membuat kajian terhadap ikan-ikan yang ditemui.  Jarang-jarang sekali kita dapat melihat ikan seperti ini yang sememangnya pelik.
ikan_pelik1
Ikan aneh ini tentunya menarik perhatian sesiapa sahaja



Ikan Kelelawar Berbibir Merah (Red Lipped Batfish)
Ikan ini kelihatan seperti memakai gincu bibir. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan sejenis ikan yang tidak mampu berenang dengan baik, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Apabila ikan ini semakain membesar menjadi dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga ia kelihatan agak pelik.

ikan_pelik2
Ikan ini digelar ikan bermata empat
 
Four Eyes Fish (Ikan Bermata Empat)Ikan ini dikategorikan sebagai genus anablepidae.  Ikan  aneh ini hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan. Ikan jenis ini hanya hidup di air tawar dan air payau.  Kelebihan ikan ini kerana memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbahagi kepada dua bahagian yang berbeza, sehingga mereka dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama.
 Ikan ini sebenarnya hanya memilki 2 biji mata, namun kedua matanya yang terletak di bahaian aras kepala terbahagi menjadi 2 bahagian, iaitu bahagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan yang tipis. Setiap bahagian matanya pula memiliki anak matanya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. Ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah juga berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.  Hebat bukan…?

ikan_pelik3
Rongga kepala ikan ini jelas kelihatan
 
Barreleye Fish – Genus Macropinna Microstoma (Ikan Kepala Transparan)
Ikan jenis ini mempunyai kepala transparen yang cembung dan berisi cairan di kepalanya. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya dapat dilihat jelas dari luar. Terdapat dua ketulan kecil berwarna kuning kehijauan pada bahagian belakang pangkal mata. Kedua benda itu berfungsi sebagai mata ikan ini.

Di belakang dua “benda kuning” itu kelihatan serat-serat berwarna krim seperti jaringan daging yang sudah pucat. Dengan ukuran siripnya yang besar, membuatkan ikan ini tetap seimbang ketika berenang.

Haiwan pemangsa mahupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak dapat melihatnya. Sungguh menakjubkan apabila  ikan ini mampu melihat ke atas kerana matanya dapat diputar lurus ke hadapan mahu pun ke atas. Para pengkaji percaya bahawa matanya yang berwarna hijau kekuningan itu telah berkembang membentuk saringan cahaya yang berfungsi untuk mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang pudar dari ikan kecil dan ubur-ubur yang merupakan makanan utamanya.
Namun, apa  pula fungsi kedua
  matanya yang terletak pada bahagian hadapan itu?  Menurut para pengkaji, kedua mata ikan itu adalah nales, indra penciuman seperti lubang hidung manusia.  Barrelfish memiliki kristal cair pada matanya yang terletak pada suatu tempat pada sebuah selaput kecil. Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat dan kondisi itu akan membunuhnya.
ikan_pelik4
Unik…ikan ini  mampu terbang di permukaan laut

Flying Fish (Ikan Terbang)
Exocoetidae atau ikan terbang adalah  keluarga ikan laut. Ikan terbang ini boleh ditemui pada mana-mana lautan utama, terutama di perairan tropis dan subtropis di lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi.
Ciri utamanya yang paling terkenal adalah sirip dadanya yang besar, memungkinkan ikan ini meluncur terbang secara  singkat di udara, di atas permukaan air dan melarikan  diri  dari pemangsa.  Peluncuran ikan terbang ini biasanya sejauh sekitar 50 meter, tetapi mereka dapat menggunakan sokongan daripada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak sekurang-kurangnya 400 m.

ikan_pelik5
Gigi ikan ini mirip gigi manusia

Ikan Bergigi dan Lidah Manusia
Ikan ini ditemui apabila seorang pemancing di Amerika Syarikat terkejut kerana ikan yang berjaya ditangkapnya itu mengigitnya dengan kuat.  Setelah diperiksa, gigi ikan ini mirip gigi manusia.
Warnanya ikan ini agak gelap dan memiliki berat sekitar 5 kilogram dengan panjang hampir setengah meter.  Menariknya,  ikan jenis ini memiliki gigi seperti gigi seri, geraham dan taring seperti yang dimiliki manusia. Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotis.

ikan_pelik6
Ikan ini seolah-olah mempunyai tangan dan bibir yang jelas kelihatan
 
Handfish (Ikan Bertangan)
Kemunculan  ikan ganjil ini dalah  sekitar tahun 1990-an dan ikan ini merupakan salah satu jenis terbaru dari ikan bertangan lainnya. Ikan ini kelihatan ganjil kerana tidak berenang dan itu menjelaskan sebab lokasi ikan ini wujud di dasar lautan. Yang anehnya ikan ini menggunakan “tangannya” yang seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ditemukan ikan tersebut ada di daerah Tasmania,Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (semacam sisik yang kasar/bergigi-gigi) sehinga ia dijuluki warty anglers (wart = kutil). Ukurannya sekitar 15cm.
 http://bicarasantai.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan