Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com
Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Isnin, 28 April 2014
Kisah Sebalik Permainan Kanak-Kanak Popular..
Setiap jenama mempunyai sejarah yang tersendiri.
Sebelum mereka muncul sebagai sebuah barangan yang menjadi kegunaan
ramai, mereka memerlukan sebuah paten bagi menjamin jenama mereka
daripada menjadi bahan ciplak. Bahkan, mendiang Micheal Jackson
menyedari hakikat ini dan beliau turut memiliki paten sendiri.
Monopoly
Bermula dengan paten yang diberi nama ‘The Landlord Game’, Elizabeth J.
Magie Phillips mendaftarkan paten tersebut pada tahun 1903. Permainan
tersebut mula dikomersialkan pada 1923 setelah Parker Brothers menukar
namanya kepada Monopoly. Permainan tersebut terus mendapat tempat di
hati kanak-kanak dan ia kekal menjadi pilihan ibubapa untuk mendidik
anak-anak bagaimana untuk menjadi seorang yang bijak mengendalikan wang.
Lego
Salah sebuah permainan kanak-kanak paling popular di dunia, Lego bermula
daripada seorang tukang kayu daripada Denmark, Ole Kirk Christiansen.
Christiansen mula menghasilkan patung yang diperbuat daripada kayu sejak
daripada tahun 1932. Walaubagaimanapun, Lego hanya dipatenkan pada 24
Oktober 1961. Nama Lego(Leg Godt) diperkenalkan pada 1934 yang membawa
maksud ‘main dengan baik’ dalam bahasa Denmark. Lego masih popular
sehingga ke hari ini dek kerana ketahanan dan menguji daya kreatif
kanak-kanak.
Barbie Doll
Bermula dengan idea menghasilkan patung untuk orang dewasa,
walaubagaimanapun Barbie Doll lebih menarik minat kanak-kanak untuk
memilikinya. Sejarahnya bermula apabila Ruth Handler yang juga isteri
kepada salah seorang pengasas Mattel Toy Company, Elliot Handler
mencadangkan kepada suaminya berkenaan projek patung bagi orang dewasa.
Miskipun demikian, suaminya tidak berminat dengan idea tersebut.
Namun, segalanya berubah apabila Ruth Handler dan suami melancong ke
Jerman pada 1959. Mereka melihat bagaimana patung Bird Lili mendapat
tempat di hati masyarakat Jerman. Suami Ruth Handler mula berubah
fikiran dan menjadi tulang belakang utama untuk menghasilkan patung
tersebut. Ia mula dipatenkan pada 24 Julai 1959 dan diperkenalkan pada 9
March 1959 di American International Toy Fair. 9 March 1959 dipilih
sebagai tarikh lahir kepada patung yang menjadi idaman setiap
kanak-kanak.
The Slinky
The Slinky mungkin kelihatan paten yang cukup pelik. Namun ia menjadi
pilhan kanak-kanak untuk bermain dengan rakan-rakan mereka. Ia dicipta
dan dipatenkan oleh seorang jurutera tentera laut, Richard James pada
awal 1940-an. Pada hari pertama dijual, stok yang memiliki 400 biji
habis dijual hanya dalam masa 90 minit. Dalam 60 tahun pertama sejak ia
diperkenalkan, sebanyak 300 juta stok telah habis dijual.
Nintendo Gameboy
Permainan moden ini menjadi pilihan kanak-kanak sejak ia diperkenalkan
pada 1989. Nintedo dipatenkan pada 9 Februari 1993 dan ia adalah salah
satu permainan komputer pertama yang diperkenalkan di dunia.
G.I Joe
Sepertimana Barbie Doll yang popular di kalangan kanak-kanak perempuan,
G.I Joe pula menjadi pilihan kanak-kanak lelaki. G.! yang membawa maksud
Goverment Issue menjadi terma popular di Amerika Syarikat yang mana ia
merujuk kepada anggota tentera US. Lengkap dengan baju celoreng dan
senjata api, G.I Joe menjadi impian setiap kanak-kanak lelaki.
Etch A Sketch
Etch A Sketch mungkin adalah permainan kanak-kanak terawal yang paling
kreatif pernah dihasilkan. Ia mula dipatenkan pada 23 Julai 1959 dan
diperkenalkan sejak daripada tahun 1960-an. Ia tidak mengambil masa yang
lama untuk menambat hati kanak-kanak di seluruh dunia. Saban tahun ia
semakin popular dan pada tahun 2003, Etch A Sketch dipilih oleh Toy
Industrial Association sebagai salah satu permainan kanak-kanak paling
diingati dan kreatif pada abad ke-20.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan