Home Klik Di Bawah

Sabtu, 19 April 2014

Larangan Pemanduan Yang "Pelik" Di Dunia


http://merdeka-online.com/home/wp-content/uploads/2012/10/Polis-mengadakan-sekatan-jalan-raya.jpg
7 Undang-Undang Pemanduan "Pelik" Di Dunia

Larangan Jalanraya Pelik Di Dunia


Kisah 7 larangan pemanduan yang pelik didunia mengisi slot Info pagi ni. Kalau kita sebut pelik mesti ada yang kelihatan atau kedengaran agak janggalkan atau mungkin tak logik. Tapi pastinya setiap negara ni ada alasan tersendiri mengapa undang-undang tersebut perlu dikuatkuaskan. Jom kita tengok logik ke tak tak logik undang-undang dia orang ni:
https://s2.yimg.com/bt/api/res/1.2/jCSjENi50WwHeOM5mqBumg--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Y2g9NDE5O2NyPTE7Y3c9ODAwO2R4PTA7ZHk9MDtmaT11bGNyb3A7aD0zMzA7cT03NTt3PTYzMA--/http://l.yimg.com/os/publish-images/autos/2014-03-24/9b25a3b0-b38e-11e3-a6c4-4be8600654fe_drinking-driving.jpg
 Minum Sambil Memandu

Pemandu di Costa Rica dibenarkan mengambil alkohol semasa memandu. Namun mereka dilarang memandu jika alkohol dalam darah melebihi 0.05 %. Hmm..yang ni macam tak berapa nak ok je..Kalau dah minum susah nak kawal tu..
 
 

No dirty cars, or car washes on the street  
Tiada kereta kotor di jalanan

Kereta yang kotor di larang berada di atas jalanraya. Pemandu kereta yang kotor di Moscow akan dikenakan denda sebanyak 2000 Rubles ( kira-kira $ 55). Yang ni agak susah sikit nak kawal kot..Kalau kat Malaysia ni debu banyak. Hari-hari kena basuh ni. 

Mandatory breathalyzers in your car
 Pemandu Perlu "Portable Breathalyzer"

Semua pemandu di Perancis dilarang memandu tanpa "portable breathalyzer". Jika ditangkap tanpa kit ni, pemandu boleh didenda sebanyak €11 ($15). Lebih mahal dari harga kit. Hmm..agak pelik jugaklah. Tapi oklah kot sebab harga kit tu cuma $5.
 
Don’t flip the bird in Cyprus
 Tak Boleh Guna Isyarat Tangan

Pemandu Di Cyprus dilarang sama sekali untuk mengeluarkan isyarat tangan kepada pemandu lain. Kalau angkat tangan kerana marah pun tak boleh tau. Yang ni orang Malaysia selalu buat. Kalau tertangkap, pemandu boleh didenda sejumlah 25 euro, atau kira-kira $ 35. Hmm..elok jugak kot. Kalau kat Malaysia ni mesti ramai kena denda..nasib baik bunyi "Hon Marah" diboleh kan..

Yield to animal herder
 Ini Jalan Gembala

Jangan memandu kalau ada haiwan ingin menyeberang. Di Afrika Selatan , gembala lembu, kuda, keldai, kambing biri-biri ada hak di atas jalanraya. Mana-mana pemandu kenderaan perlu berhenti jika haiwan-haiwan milik gembala ingin menyeberang jalan. Sekiranya degil, denda sebanyak $ 500 akan dikenakan. Hmm..Kita pun tak boleh bayangkan, kalau nak cepat. Nak tunggu semua haiwan tu menyeberang tentu ambil masa kan.
Muddy water blues: Fine for splashing pedestrians
 Denda Jika Air Terpercik
Pemandu dilarang beraksi tidak sopan di atas jalanraya. Kalau mana-mana pemandu ditangkap kerana air atau lumpur tepercik kepada penjalan kaki, denda sebanyak $ 60 akan dikenakan. Yang ni ok jugak kot cuma kat Malaysia ni banyak sangat lopak. Kalau hujan air banyak atas jalan. So kena hati-hati. Kalau tak sepanjang jalan kena denda.
Prohibited driving based on day of the week
Boleh Guna Jalan Bergantung Kepada Plate Kereta 
Kalau di sesetengah negara seperti Itali menyekat akses kepada zon tertentu, semasa waktu puncak, Manila lain pula ceritanya. Agak complicated. , Pemandu di beberapa daerah paling sibuk di Manila, dilarang memandu pada hari-hari tertentu bergantung kepada plate kereta masing-masing. Sebagai contoh, jika plate kereta mereka berakhir dengan 1 atau 2, mereka boleh dikenakan denda jika ditangkap memandu pada hari Isnin dari jam 7 pagi hingga 7 malam. hmm..susah jugak ni..

Driving topless
 Memandu Tanpa Memakai Baju
Semua pemandu kereta, bas atau teksi tut-tut di Thailand dilarang memandu tanpa baju. Yang ni ok kan. Yalah kalau kat Malaysia ni ada je yang "shirtless" masa memandu. Panas agaknya. 
myblogsantai.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan