Home Klik Di Bawah

Rabu, 2 April 2014

Resepi - Daging Masak Merah Ala Thai

Bila tengok bahan-bahan yang digunakan, telah terasa kesedapannya. Apa yang Kak Noor perasan, masakan Thai wajib menggunakan daun limau purut dan juga serai. Resepi ini diambil daripada blog Aznanie   sebab Kak Noor teruja dengan bahan-bahan yang digunakan. Terima kasih Aznanie.


  
 



Bahan-bahan:
  1/2 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah
2 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili api - diketuk (terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pedas tambah lagi, tak nak boleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - dikoyakkan
2 batang serai - dititik
Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak boleh, tak nak pun tak mengapa)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah

Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air diikuti dengan daun limau purut dan serai. Kacau rata.
Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto Kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar, dan cili padi.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau.
Setelah kuah nampak pekat, boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.sajiandapurbonda.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan