Home Klik Di Bawah

Selasa, 15 April 2014

Sabar itu Perlu

  

Dalam Kehidupan masa kini, kita sering kali dihujani dengan pelbagai dugaan dan kadang-kadang kita juga tidak pasti kenapa dugaan yang sedemikian rupa berlaku kepada kita. Adakah kerana kita terlalu banyak dosa dan diuji atau sebaliknya?

Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan jauh sekali melarikan diri dari kesilapan.Hadapi kesilapan dan memperbaiki kesilapan adalah jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah. Jika kita tidak mencari jalan, Allah tidak akan membantu kita walaupun air mata darah sekalipun kita menangis

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

 


Jadi,mengapa perlu kita bersedih sedangkan Allah telah pun menjanjikan yang terbaik buat kita sebagai umat manusia. Usahlah bersangka buruk kepada Allah jika kita ditimpa musibah atau bencana kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang perlu diintai.InsyaAllah dengan menjadi hamba yang bersyukur kita akan lebih tenang dalam menghadapi apa jua musibah yang melanda. Bukankah Allah telah menjanjikan darjat yang tinggi jika kita bersabar?

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang 

dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar:10)


Allah.Tuhan Kita.Wajib Disembah.

Anda tahu dan kenal Allah? Belum lagi. hanya tahu Solat,puasa tu dikira beriman. Anda pasti anda cukup beriman? Hanya dengan solat dan puasa? Maka anda perlu muhasabah diri setiap hari. Adakah aku benar-benar beriman? Sebagai seorang yang beriman, kita hendaklah yakin bahawa segala kesusahan atau pun kesenangan yang Allah berikan semuanya adalah ujian terhadap hamba-Nya. Dari ujianlah kita mengenal erti kesabaran.

Apabila seseorang sanggup menghadapi ujian Allah dengan tabah, sudah tentu imannya bertambah kuat dan mantap, sering bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan demi mencapai insan dikasihi Allah.InsyaAllah

Penulis bukanlah seorang ustaz mahupun orang yang tinggi ilmu agama. Saya juga seperti anda. Mula merangkak dalam mencari ilmu Allah.

Tenanglah Wahai Manusia.Allah tetap bersama kita
menulis menconteng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan