Home Klik Di Bawah

Isnin, 21 April 2014

Senarai Makanan Yang Boleh Mengantikan Vitamin

 
Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin. Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.




Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya, di bawah 10 senarai makanan yang boleh menggantikan vitamin

Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.

 Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.


Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.

Nanas - vitamin A, B, dan C.


Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.

Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.

 Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.
Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan lain merupakan sumber vitamin yang baik untuk kesihatan. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiri dan boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya. 
 panduan-tips-petua.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan