Home Klik Di Bawah

Isnin, 21 April 2014

Siapa Pasukan Berbaju Putih yang Kebal Ditembak Itu?”

Ayaturrahman Fi Jihadi Syria, menjadi kisah yang berkali-kali diceritakan para ulama Syria kepada Pasukan Wartawan Bersatu ( JITU ) di tengah-tengah Muktamar Ulama Syria yang di Turki pada 11 hingga 12/4/2014 lalu. Kisah pertama diceritakan pejuang asal Idlib, berhama Hasan. Dia datang ke Muktamar untuk menemani ayahnya, seorang ulama. 

Hasan bercerita, sebuah pesawat tentera Syria berlegar di udara untuk menyerang kampung-kampung kaum muslimin. Penduduk dan pejuang yang tidak mempunyai senjata canggih hanya boleh bertawakal kepada Allah. Mereka berdoa agar bom-bom tersebut tidak mencederakan mereka. Akhirnya mereka sepakat untuk bertakbir sekuat-kuatnya ketika bom-bom itu dimuntahkan dari udara. 
 

Ketika bom tersebut jatuh ke tanah, bom itu gagal meletup. Begitu juga ketika bom kedua jatuh. Muntahan roket dari langit itu terhempas bak bola api yang bersedia memusnahkan kampung mereka. Penduduk dan pejuang kembali bermunajat kepada Allah selepas bertakbir. Luar biasa, lagi-lagi bom itu gagal meletup. Menariknya, hal ini terus berlaku hingga berkali-kali. Hingga saat bom terakhir dilepaskan, tiba-tiba saja bom itu boleh meletup. "ketika itu para penduduk dan pejuang tidak bertakbir," kata Hasan. 

Cerita lain lahir dari penjelasan Anggota Ikatan Ulama Homs, Syeikh Anas Ahmad Suwaid. Di awal revolusi, beliau dan pejuang pernah bertakbir secara serentak di bandar Homs untuk melawan kuasa rejim. Tiba-tiba saja takbir mereka disambut dengan petir-petir yang menyambar mengarah ke tentera-tentera rejim." Banyak sekali telefon yang masuk kepada kami, "lihatlah ke langit, lihatlah ke langit". Subhanallah, seakan-akan petir bertakbir bersama kita. Inilah salah satu karamah yang saya saksikan sendiri dengan kedua mata saya" ujarnya. 

Kisah lain terjadi pada salah seorang mujahid. Ketika berada dalam keadaan parah, mujahid itu ditahan oleh rejim. Dalam tahanan itu, dia harus menghadapi soal siasat dengan pelbagai soalan. Salah satu soalan dari pihak rejim adalah kehairanan mereka berkaitan sejumlah pasukan berwarna putih yang tidak mampu dilumpuhkan tentera Bashar." Siapakah mereka? Ketika kami tembak, mereka tidak merasakan apa-apa!" Tanya tentera rejim. Si mujahid itu lalu menjawab" Demi Allah, tidak ada seorang pun dari kami yang memakai baju putih." Syeikh Anas tersenyum lalu berkata kepada pasukan JITU, "Mereka adalah para malaikat. Seperti apa yang difirmankan oleh Allah ta'ala dalam surat Al Anfal ayat 12," tegasnya.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan