Home Klik Di Bawah

Ahad, 13 April 2014

Sumber Makanan untuk Menguatkan Tulang

Fungsi tulang dalam tubuh mempunyai peranan yang sangat penting sebagai penyokong organ yang lain. Tanpa tulang, badan pasti akan kesulitan untuk berdiri tegak.
Tulang mula terbentuk sejak bayi dalam kandungan dan berlangsung terus sampai dekad kedua dalam susunannya yang teratur. supaya tulang tumbuh dengan normal harus dijaga pertumbuhan dan kesihatannya sejak usia awal. Salah satunya tentu saja dengan mengambil makanan yang tepat dan bersenam secara teratur.
Sebagaimana diketahui bahawa makanan yang baik untuk tulang pada dasarnya terdiri dari dua yakni vitamin D dan juga kalsium. Vitamin D sangat diperlukan oleh tubuh kerana peranannya dalam menyerap kalsium.
Sedangkan kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh yang disimpan di dalam tulang. Kalau dalam kehidupan seharian anda tidak mendapatkan kalsium maka kecenderungan tulang menjadi rapuh sangat besar yang mengakibatkan tulang akan mudah patah. Berikut ini merupakan makanan yang sangat baik untuk menjaga keadaan tulang tetap sihat dan kuat.
Susu
Susu memang sangat baik untuk kesihatan dan menjaga kekuatan tulang. Susu banyak mengandungi kalsium dan juga vitamin D merupakan alasan kuat untuk mengambilnya secara teratur 2-3 kali dalam setiap harinya.
Sayuran Berdaun Hijau Gelap
Belum banyak yang tahu bahawa sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti salad air dan juga kangkung menjadi alternatif sumber kalsium non-susu yang baik.
Namun, harap diperhatikan bahawa daun bayam yang juga termasuk dalam sayuran hijau berdaun gelap ini mengandung asam oksalat yang membuat kalsium yang terkandung di dalamnya tidak boleh diserap oleh tubuh manusia.
Ikan keli
Ikan keli mengandungi vitamin D dan juga kalsium yang baik untuk pertumbuhan dan memperkukuh tulang. Dalam setiap 100 gram daging ikan keli terkandung sebanyak 15 mg kalsium yang sangat berperanan untuk menguatkan tulang.
Ikan Salmon
Vitamin D juga boleh didapati dalam ikan berlemak seperti ikan salmon. Cukup dgn makan ikan salmon utk keperluan vitamin D harian anda. Tulang ikan salmon yang biasanya mudah dimakan terutama sudah dalam bentuk tin pun banyak mengandungi kalsium.
Keju
Keju diperbuat daripada susu yang sudah tentu mengandungi banyak kalsium. Keju jenis Mozarella mempunyai jumlah kalsium yang sangat tinggi sehingga sangat tepat untuk anda jadikan sebagai makanan yang dimakan setiap hari.
Yoghurt
Yogurt ini mengandungi jumlah kalsium yang lebih banyak berbanding susu.
Almond
Almond mempunyai jumlah kalsium yang tinggi dalam setiap bahagiannya. Anda juga boleh mendapatkan manfaat kalsium yang sama dari mentega badam. Selain itu, badam juga mengandungi kolesterol dan lemak yang rendah serta mempunyai kandungan protein yang tinggi berbanding mentega kacang.
Brokoli
Brokoli merupakan sumber vitamin D yang baik selain susu dan juga sayur-sayuran berdaun hijau gelap. Dan kandungan kalsiumnya cukup tinggi kerana hampir setara dengan kalsium pada segelas susu.
Selain itu, ada banyak kandungan lain di dalam brokoli, seperti sumber vitamin C, serat, dan juga nutrisi yang mengandungi sifat untuk melawan kanser.
Itulah makanan yang banyak mengandung kasium dan vitamin D yang sangat baik untuk pertumbuhan, menjaga kekuatan, dan kereputan tulang. Maka disyorkan bagi anda yang menginginkan tulang yang kuat dan baik untuk mengambil pelbagai makanan di atas secara konsisten.
 jutawanrealiti.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan