Home Klik Di Bawah

Rabu, 23 April 2014

Tips Atasi Anak Mengamuk!

Anak mengamuk atau meragam di tempat umum mungkin akan membuat anda malu dan sangat marah. Kalau anak sudah naik ragam, dia tidak akan fikir apa keadaan disekelilingnya lagi.
Mungkin dia boleh menangis dengan lebih kuat, menjerit, menguling-gulingkan badannya, atau membaling segala objek yang berdekatan dengannya. Apa di dalam fikirannya saat itu adalah, selagi ibu atau ayahnya tidak memenuhi keinginan dia, dia akan terus menerus mengamuk dan meragam. Oleh sebab melihat perlakuan anak yang sebegitu rupa, ada ibu bapa hanya mengalah dan tidak kurang ada yang memarahi anaknya.
Anak kuat meragam

 
Amatlah penting untuk ibu bapa mengetahui bahawa cubaan menenangkan anak yang sedang mengamuk lebih membuatkan suaranya bertambah kuat sebab dia fikir bahawa dia boleh mengambil kesempatan ke atas anda dengan cara mengamuk. Jadi apa cara yang betul dalam menghadapi anak yang meragam ini?
Tips mudah adalah seperti berikut:
Alih perhatiannya
  • Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam.
  • Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis  kerana anaknya yang baik meragam.  
  • Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.
Jangan mengikut kehendaknya
  • Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan.
  • Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaanya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak.
  • Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi . Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.
Elak daripada memarahi atau menjerit
  • Jangan memarahi anak kerana itu tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu.
  • Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya.
  • Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.
Jangan pedulikan
  • Membiarkan anak meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahawa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam.
  • Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.
Apabila anak berhenti mengamuk
  • Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi.
  • Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik
 mingguanwanita.karangkraf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan