Home Klik Di Bawah

Jumaat, 11 April 2014

[Video] Kapal Kargo Ini Merempuh Daratan Di Teluk Hong Kong..

Lazimnya, kemalangan yang melibatkan kapal-kapal laut sering berlaku di kawasan perairan yang sibuk atau di laut lepas..Namun, bagi sebuah kapal kargo, Hansa Constitution ini, kemalangannya membabitkan sebuah daratan, suatu kejadian yang jarang-jarang berlaku di Hong Kong..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



  

Hansa Constitution, sebuah kapal kargo kontena seberat 34,954 tan yang berdaftar di Jerman telah terkandas di sebuah daratan pada hari Sabtu yang lalu. Kejadian itu berlaku di luar kawasan kediaman Pok Fu Lam yang terletak di sebelah barat Hong Kong akibat laut bergelora yang disebabkan oleh angin monsun. Kapal tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan ke Shenzhen (Chiwan).
 
 

Julia Able, wakil bagi pemilik kapal tersebut, Hansa Treuhand Gruppe (yang berpangkalan di Hamburg), berkata kapal tersebut mungkin kehilangan kuasa sewaktu menempuh angin monsun yang menyebabkannya terkandas di daratan. Kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kerosakkan pada alam sekitar dan tidak ada laporan mengatakan kapal tersebut dimasuki air. Dua kapal pemadam api dan dua kapal sokongan menyelam telah dihantar ke tempat kejadian. Hansa Constitution kemudiannya telah ditarik jauh dari daratan. Kerosakkan pada kapal itu masih lagi belum disahkan.

Pelabuhan Hong Kong merupakan pelabuhan kontena ke-empat paling sibuk untuk tahun 2013. Menurut Majlis Pembangunan Pelabuhan Hong Kong, ia telah mengendalikan sebanyak 22.3 juta TEU. Pihak kaji cuaca turut melaporkan akan angin monsun yang kuat. Penglihatan yang terhad kurang dari 2 batu nautika turut dilaporkan oleh Jabatan Laut pada hari Sabtu.



drysheet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan