Home Klik Di Bawah

Selasa, 15 April 2014

WAH ..Ferris Wheel Tertinggi Di Dunia Kini Dibuka Secara Rasmi

Ferris Wheel tertinggi di dunia kini dibuka di Las Vegas Strip pada 31 Mac, 2014 yang lalu. Berdiri pada ketinggian 550 kaki , roda Ferris yang dinamakan " High Roller" itu memiliki 520 kaki diameter roda gergasi dan adalah lebih tinggi daripada pemegang rekod sebelum ini, Singapore Flyer sebanyak 9 kaki dan hampir 100 kaki tinggi lebih daripada London Eye yang terkenal di UK. 

 
 
 
 

Fakta Ringkas tentang High Roller:
  • Roda ini terletak di seberang Caesars Palace, bersebelahan dengan Flamingo Las Vegas dan The Quad Resort & Casino.
  • High Roller ini mempunyai 28 kabin kaca  tertutup yang boleh memuatkan sehingga 40 orang setiap satu (sebesar sebiji bas sekolah). 
  • Bergerak pada kelajuan yang munasabah  iaitu 1 kaki sesaat , roda ini mengambil masa 30 minit untuk membuat satu pusingan lengkap di mana penunpang boleh melihat pemandangan yang tiada tandingannya di Las Vegas Strip dan lembah sekitarnya. 
  • Perjalanan ini juga termasuk persembahan video dan muzik yang menarik ketika roda berputar untuk mempamerkan pemandangan yang paling mengesankan dari lembah Las Vegas. 
  • Pada waktu malam, 2,000 lampu LED akan menerangi roda gergasi dan boleh diprogramkan untuk memaparkan warna tunggal, atau corak berwarna berbeza semasa cuti dan acara-acara khas 
Lagi gambar-gambar menarik:








source: http://www.amusingplanet.com / BILLY INFO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan