Home Klik Di Bawah

Isnin, 12 Mei 2014

Al-Quran Bersadur Emas


Al-Quran Bersadur Emas
Semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W, pedagang-pedagang Arab telah sampai ke negara China melalui laluan sutera ( Silk Road) dan mula memperkenalkan Islam. Pada tahun 650 Masihi, khalifah ke-3, Uthman Bin Affan r.a. telah menghantar delegasi rasmi ke China semasa zaman Dinasti Tang. Pemerintah China pada zaman itu telah mengarahkan pembinaan masjid di bandar Chang’an yang merupakan titik permulaan kelahiran Islam di China dan seterusnya berkembang ke daerah-daerah lain.
 
Penaklukan orang-orang Monggul ke negara China dan Parsi telah melebarkan pengaruh Islam dari sudut budaya dan perhubungan di antara negara China dan dunia Islam. Pada zaman Dinasti Ming, kejayaan kerajaan pada masa itu telah banyak dipengaruhi oleh pemahaman dunia islam. Pada zaman itu, ramai muslim di negara China menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan. Walaubagaimanapun, pengaruh Islam telah merosot pada zaman Dinasti Qing.
 
Selama 500 tahun, Al-Quran bersadur emas ini telah dibawa oleh orang Islam Arab pada zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyah ke Timur Turkistan (Xinjiang) ke Yunan, China dan seterusnya ke Malaysia. Dipercayai bahawa ia telah dibuat pada kurun ke-16 hingga ke-18 dalam skrip Nasakh.
 
Al-Quran ini telah melalui zaman kegelapannya pada awal kurun ke-20 kerana pada ketika itu Kerajaan China telah melarang pembelajaran dan pengajaran Al-Quran. Tulisan Arab bersama semua rekodnya telah dibakar termasuk banyak artifak yang mempunyai pengaruh dunia Islam telah musnah. Walaubagaimanapun, Al-Quran’ ini telah berjaya diselamatkan dan menjadi satu-satunya Al-Quran yang bersadur emas dari China. 
 
Naskhah ini merupakan Al-Quran saduran emas buatan tangan dengan pengaruh seni Islam yang sangat berharga untuk warisan keislaman. Ia mengandungi 28 set (19-20 keping bagi setiap set). Quran ini (pengaruh Uthmaniyah) disimpan di dalam 14 kotak bersadur. Saiz setiap kotak ialah 23.5cm panjang, 17.5cm lebar dan 3cm tebal. - Sumber  
 

Al-Quran Bersadur Emas

Al-Quran Bersadur Emas

Al-Quran Bersadur Emas

Al-Quran Bersadur Emas

Al-Quran Bersadur Emas

Al-Quran Bersadur Emas

Al-Quran Bersadur Emas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan