Home Klik Di Bawah

Khamis, 22 Mei 2014

Ayat Yang Akan Menjadikan Anda Downline Syaitan Secara Automatik


syaitan
Syaitan | like Toy soldiers II by Propaganda-Panda  
Tahukah kita bahawa tugas utama syaitan untuk menghasut dan menyesatkan anak Adam sudah diambil-alih oleh kita sendiri selaku manusia?

  • “Alah, tak payahlah kau susah-susah nak datang kelas awal! Skema sangat. Tak cool.” 
  • “Kau kerja sampai tak tidur pun, bos bukannya nak bagi kau apa-apa promotion untuk naik pangkat pun. Bos bagi kat kroni dia aje.”
  • “Cantiklah kau pakai selendang gaya lilit macam ni. Tak adalah labuh sangat macam ustazah.”
 
 
  • “Dia dah ajak couple tu. Terima ajelah. Karang tolak, melepaslah. Orang yang tak cantik macam kita ni, tak payah nak memilih sangat.” 
  • “Kau hati-hati sikit dengan si A tu. Dia tu aku tengok mesra semacam aje dengan suami kau. Dia tu cantik, lemah-lembut, bergaya pula tu. Karang digodanya suami kau, naya.”
Dan banyak lagi ayat-ayat lain seumpamanya yang membuatkan kita menjadi downline secara tak sengaja
Hal menghasut dan menyesatkan dalam kalangan manusia berlaku saban hari hinggakan kita tidak lagi merasakan ianya satu kesalahan.

Ia dah sebati dengan jiwa dan parahnya kita tak merasa berdosa sikit pun bila melakukannya. Ada sesetengah dari kita boleh ketawa dengan alasan bergurau.

Wajarkah kita menjadikan dosa seperti satu gurauan?

Sedarkah kita, gara-gara hasutan kita, syaitan ketawa guling-guling sebab dia tak banyak kerja dah sekarang ni.

Kita dah jadi ‘downline’ syaitan yang sangat berdedikasi.

Elok-elok hubungan suami-isteri tu aman damai, boleh wujud rasa sangsi yang akhirnya boleh membawa kehancuran.

Tak rasa bersalah?

Ukhwah yang terjalin antara sesama manusia pun boleh tercalar.

Orang yang rajin, kita momokkan dengan perkataan skema, tak cool, nerd.

Kesian kita kan. Kalau orang yang tak kuat iman, lama-kelamaan dia akan cuba mengubah diri supaya tak digelar skema tapi digelar cool, dia pun malas nak datang awal.

Tak rasa berdosa?

Pekerja yang rajin pula lama-kelamaan boleh jadi malas dan buat kerja acuh tak acuh bila dihasut kononnya belum tentu kerajinannya dipandang oleh bos. Padahal mulanya dia ikhlas saja bekerja untuk mencari rezeki.

Isu Couple

Paling menyedihkan, bila remaja sesama remaja menjalankan hasutan dalam isu couple.

Remaja yang sedang elok saja tak mahu menghampiri zina dengan bercouple, akan rasa rendah diri dan sedikit demi sedikit mula percaya dengan hasutan tersebut.

Akhirnya dia pun terima untuk bercouple dan mula sesat dengan hubungan sebegitu.

Sebenarnya ini hanya sebahagian contoh yang terjadi dalam kehidupan kita. Masih banyak lagi contoh hasutan yang kita buat sama ada secara sedar atau di luar sedar.

Tinggal lagi kita mahu berubah dan menghentikannya atau terus membantu syaitan menjalankan tugasnya.
Wallahualam.
*****
Artikel ini adalah karya Siti Rudziah J. (kaktyea87.blogspot.com  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan