Home Klik Di Bawah

Rabu, 28 Mei 2014

Deringan Jam Kematian

Kisah ini di ceritakan oleh Ustaz Amaluddin Mohd Dapiah semoga kisah yang Suri sampaikan ini dapat menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNYA. Amin. Marilah sama-sama kita hayatinya.

Sudah menjadi ketentuan Allah s.w.t. bahawa kehidupan seseorang manusia di dunia ini ada had, batasan dan waktunya yang tertentu. Ditetapkan juga ke atas dirinya ajal yang tidak mampu untuk kita menahannya. Ajal yang tidak tercepat atau terlambat walau sesaat pun. Tiada siapa yang terkecuali dari sunnatullah ini.

Firman Allah yang maksudnya:
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Al-A’raf:34)



Kata-kata syair:

“Kehidupanmu itu adalah nafas-nafas yang boleh dibilang. Setiap kali berlalu (dihembuskan) satu nafasmu, maka berkuranganlah sebahagian lagi daripada nafas-nafas itu.”

Mati itu datang secara tiba-tiba. Begitulah ungkapan yang selayaknya. Suka atau tidak, bersedia ataupn tidak, manusia akan pasti melalui saat ini. Ya, ianya akan tiba juga..percayalah..

Bila mana manusia itu leka menikmati kehidupannya, berhibur, bersuka ria, bermain, bertebaran kesana kemari melaksanakan rutin harian mereka maka sekoyong-koyong tanpa disedari kematian akan datang secara meluru, menerkam dan menyerangnya bagaikan serangan raja singa ke atas mangsanya.

usrah1
Takala itu tubuhnya serta-merta menjadi lesu dan lemah. Suaranya semakin hilang. Sendi-sendinya menjadi kaku dan kejang. Seluruh badannya dilanda kesejukan yang amat sangat.

Lalu bergemalah deringan jam kematian, mengkhabarkan bahawa ia semakin hampir untuk pergi meninggalkan dunianya. Sesudah itu lembaran amalanya akan dillipat kemas dalam keadaan denyutan jantungnya semakin lemah.

Kini satu persatu tanda-tanda kematian hadir menjamah tubuhnya. Wajahnya bertukar menjadi pucat kekuningan. Hidungnya tunduk jatuh. Manakala mata, penglihatan dan pendegarannya pula menjadi semakin kabur dan berat. Lidahnya pula menjadi bungkam, kelu dan bisu.

Saat inilah yang paling menakutkan. Dalam waktu yang sangat gawat dan genting ini jugalah sang iblis terlaknat bersama bala tenteranya datang untuk membuat kacau dan onar serta akan menghuru-harakan ke atas hambanya yang sudah terkulai lemah itu.

Iblis akan mengambil tempat di hadapanya. Bersama iblis, datang juga dua syaitan menyerupai wajah ibu dan ayahnya, mengambil posisi kiri dan kanannya. Apa sebenarnya helah musuh-musuh Allah ini?? Apakah yang hendak dilakukannya??

Syaitan yang si sebelah kanan akan menyamar sebagai wajah ayahnya dan berkata, “Wahai anakku, ayah sayang dan kasih padamu…akan tetapi, matilah anakku di dalam agama Nasrani itulah sebaik-baik agama.”

Manakala syaitan di sebelah kirinya pula berkata (yang menyerupai wajah ibunya) “Wahai anakku, perut emak inilah yang mengandungkan kamu dahulu, susu ibu inilah minumanmu dan paha ibumu inilah tempat ribaanmu..akan tetapi matilah di dalam agama Yahudi…itulah sebaik-baik agama.”

Demikianlah seperti yang diceritakan oleh As-Syeikh Abul Hasan Al- Fasi Al-Maliki. Hujjatul Islam, Syaitan juga akan datang kepada orang yang sedang nazak itu dengan sebuah bekas air yang sejuk lagi dingin. Keadaan hamba Allah itu pula sungguh membimbangkan. Dia di dalam kepayahan yang amat sangat kerana bergelut dengan kematian. Tekak kerongkong, paru-paru dan jantungnya hangus terbakar kerana kehausan yang amat sangat.”

“Di saat itu iblis ke kanan dan ke kiri, ke depan dan ke belakang dengan mengacah bekas air yang dibawanya sambil berkata, ‘kamu katakanlah ini dan ini, nanti aku beri kamu minuman air yang sejuk ini.”
kkk
Orang yang sejahtera nescaya akan ditetapkan imannya oleh Allah, manakala orang-orang yang celaka pasti akan menurut saja kata-kata dan pujuk rayu syaitan itu. Ya Allah, selamatkanlah kami dari tiupan dan godaan syaitan.

Sabda Nabi s.a.w.: “…dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah di saat kematian (nazak).” (Riwayat Abu Na’im) di dalam sepotong ayat Mursal, Nabi s.a.w. bersabda yang membawa maksudnya: “Saat yang paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah di kala terbit rohnya.”

Sekian hanya itulah kisah yang nak disampaikan pada harini

P/S:
Semoga kita yang masih bernyawa ini akan lebih menghargai kehidupan, kesihatan dan kekuatan yang ada dalam diri kita untuk terus beramal dan beribadat kepadaNYA dengan bersungguh-sungguh.. Sama-samalah kita siapkan bekalan masing-masing untuk di persembahkan kepadaNYA kelak. Pesanan ini utnuk diriku dan sahabt jua. (511)
pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan