Makan dan makan dan makan dan makan! Siapa tak suka makan? Terutamanya
rakyat dinegara yang mempunyai pendapatan mencukup untuk merasa pelbagai
jenis makanan yang WUJUD di muka bumi Allah ini, contohnya Malaysia.
Selain menghilangkan STRESS, makan juga dapat MEMBESARKAN perut anda.
He..he..he..he.. Oklah, kepada anda yang suka makan, tentu sekali banyak
francais kafe/restoran yang anda pernah cuba. Nak tahu siapa PENGASAS
atau orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kedai itu di Malaysia?
Baca dibawah ini:
(1) GELATO FRUITY
Slogan: Italian Ice-cream
Tahun mula operasi: 2004
Mengejutkan sikit kerana:
Nama kedai ini dan slogannya sahaja seolah-olah seperti kepunyaan Mat
Italia. Tetapi jika anda ingin tahu, pengasas dan juga pemilik konsesi
penjualan aiskrim ini ialah Ms Vivian Yap dan merupakan seorang rakyat
Malaysia! Kita sering kali jumpa Haagen Dazs di merata tempat dan
mungkin ada yang percaya Gelato juga berasal dari luar negara disebabkan
nama dan slogan!
(2) NANDO'S
Slogan: The Nando's Way
Tahun mula operasi: 1998
Mengejutkan sikit kerana:
Asalnya nama restoran yang menu utamanya ayam ini diambil sempena nama
pengasasnya iaitu Fernando Duarte. Kemudian Chung Lynn Mac Carpenter
telah membawanya ke Malaysia untuk cawangan pertama di Bangsar.
Sebenarnya Nando's tidak mudah membenarkan bukan ahli keluarga mereka
membuka francais, tetapi dengan kesungguhan Chung dan pertolongan
ayahnya, mereka berjaya akhirnya. Satu fakta yang anda mungkin berminat
ialah Nando's di Singapore sebenarnya diperkenalkan oleh Chung sendiri
dan bukan dibawa oleh rakyat Singapore sendiri.
(3) SECRET RECIPE
Slogan: Tak pasti T__T
Tahun mula operasi: 1996
Mengejutkan sikit kerana:
Siapa sangka business cafe ini dimiliki oleh Dato Steven Sim. Nama cafe
ini pun dah macam berasal dari luar negara. Memang tidak dinafikan
Secret Recipe ialah francais paling BERJAYA di Malaysia. Ada sumber yang
saya kurang pasti mengatakan francais cafe ini paling banyak dan
mengalahkan Mc Donald lagi. Halal? Usah bimbang, untuk menjamin kualiti
dan kebersihan produknya, JAKIM selalu memantau cafe ini dari semasa ke
semasa.
(4) BOOST JUICE
Slogan: Seriously Healthy
Tahun mula operasi: 2009
Mengejutkan sikit kerana:
Tak tahulah anda pernah dengar tak iklan di radio pasal Boost Juice ini -
jika nama anda Nick, dan Soraya, anda layak..bla...bla..bla.. kan?
Pernah dengar? Sebenarnya cawangan induk kedai ini ialah di Australia
dan dibuka hanya pada tahun 2000. Nick Tiernan dan Dr Soraya Ismail yang
merupakan orang yang sangat berpengalaman didalam business francais,
dan mereka telah berpakat untuk membuka Boost Juice di Malaysia. Dibawah
merupakan gambar mereka.
(5) DOMINO'S PIZZA
Slogan: World Leading Pizza Delivery
Tahun mula operasi: 1997
Mengejutkan sikit kerana:
Sebenarnya tiadalah mengejutkan sangat, sebab orang yang
bertanggungjawab membuka cawangan pertama di Malaysia ini ialah pengasas
dan pemiliknya sendiri Tom Mohagnan dari US. Apa-apa pun, sekurangnya
anda tahukan? Terima kasih kerana membaca. Weee~
(6) PAPARICH
Slogan: Malaysian Delight
Tahun mula operasi: 2005
Mengejutkan kerana:
Ini memang antara tempat makan kesukaan saya. Menu paling sedap kat sini
ialah Mee Kari dan Ice Cham. Fuh...marvelous! Satu lagi yang biasanya
dijual dikedai berasingan ialah Papa Roti. Kan ada dekat Giant ke, Tesco
ke, yang RM2.30 sebijik tu (naik harga la pulak). Pengasas francais ini
ialah Rich Tan. Sinonim dan unikkan nama dia dengan Papa Rich (ayah
kaya)? Yang kagumnya dalam masa yang singkat sahaja, dia telah berjaya
membuka banyak cawangan di luar negara terutamanya Australia. Hebat
bukan?
(7) MC DONALD
Slogan: Parapapapaa I'm Lovin It
Tahun mula operasi: 1985
Sangat mengejutkan kerana:
Oh ini memang tak dijangka, orang yang membawa McD ke Malaysia ini pun
bukan calang-calang. Dan namanya ialah Vincent Tan! Dia ialah pemilik
Berjaya Group, pemilik kelab bolasepak Cardiff City dan juga antara 10
orang TERKAYA di Malaysia! Dan kesan McD pun tak kurang hebatnya sebab
makin lama makin ramai rakyat Malaysia bertambah GEMUK! Huk..huk..huk..
(8) BURGER KING
Slogan: Tak pasti T__T
Tahun mula operasi: 1997
Terlalu mengejutkan kerana:
Sangat-sangat TERKEJUT jika anda tahu siapa yang merasmikan pembukaan
pertama Burger King di Malaysia yakni di Sungai Buloh. Lupakan siapa
pengasasnya, yang lebih penting PERASMI pembukaan. Beliau tidak lain
tidak bukan ialah... Tun Dr. Mahathir Mohamad, PERDANA MENTERI ke-4
kita!!!! Saya pun tak tahu jalan cerita sebenar, tetapi itulah hakikat
didalam sejarah dan fakta terkejut sekali mengenai restoran makanan
segera (fast food) di Malaysia!
I am the KING! |
KESIMPULAN:
Apa yang boleh kita hayati ialah "dimana ada kemahuan, disitu ada
jalan". Tengok orang-orang yang telah berjaya diatas, anda bila lagi?
Maaflah sebab infomasi yang berkaitan dengan orang Melayu tiada
kujumpai, kebanyakkannya orang Cina. Kita hidup satu bumbung yang sama -
Malaysia, tetapi kenapa kita tidak boleh berjaya? Ayuh bangkitlah
mengejar cita-citayellowcatch.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan