Home Klik Di Bawah

Jumaat, 2 Mei 2014

Hawa Binti Yazid Suaminya Dihormati Kerana Rasullulah Saw




wanitaberpurdah  


Hawa memeluk islam dan berbaiah dengan Nabi saw sebelum berhijrah. Dia menjadi penganut islam yang baik tanpa pengetahuan suaminya, Qais bin al-Khatim seorang penyair dari Za Majaz. 


Rasullulah saw datang menemui Qais dan mengajaknya memeluk islam. Qais berkata,: "Alangkah mulianya ajakkanmu, tetapi peperangan benar-benar telah menyibukkanku untuk membicarakan hal ini. 

Baginda berkata,:"Wahai Abu Yazid (Qais bin al-Khatim), aku mendapat khabar tentang isterimu Hawa bahawa kamu sering melayannya dengan tidak baik. Dia telah pergi daripada agamamu maka bertakwalah kamu kepada Allah dan jagalah dia kerana aku dan jangan sakiti dia!" 

"Baiklah (Wahai Rasullulah ) dengan penuh hormat aku melakukan apa yang kamu inginkan, tetapi aku tidak pernah menyakitinya kecuali demi kebaikan,"jawab Qais.

Sampailah pada suatu hari, Qais kembali ke Madinah kemudian dia berkata kepada isterinya ,"Wahai Hawa, aku telah bertemu sahabatmu Rasullulah dan dia memintaku untuk menjagamu demi dia. Dan demi Allah aku akan menunaikannya dengan apa yang telah kamu berikan. Berbuatlah semahumu aku tidak akan mengusikmu lagi." 


Hawa kemudian menunjukkan keislamnya setelah dia merahsiakannya dan Qais tidak menghalanginya sedikit pun. Suatu ketika ada orang yang berkata kepada Qais :"Isterimu telah mengikuti Muhammad." 



Qais menjawab :"Aku telah berjanji kepada Muhammad untuk tidak menyakitinya dan sentiasa menjaganya demi Muhammad." 
Hawa pun menjalankan ibadahnya dengan aman. 

Sumber ; 100 tokoh Wanita Disisi Rasullulah Saw
 http://mselim3.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan