Home Klik Di Bawah

Khamis, 29 Mei 2014

Info - Khasiat Peria

Yang pahit itu ubat, begitulah yang boleh digambarkan tentang peria. Sejenis sayur-sayuran yang pahit, tetapi peria mempunyai banyak khasiat.

Korang suka makan peria? Puteri suka hiris peria, campurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam kemudian goreng sehingga garing. Memang sedap.

Antara khasiat peria yang mungkin kita tidak tahu:

1) Merawat penyakit kencing manis. Peria dikatakan bertindak seperti insulin dan mampu mengurangkan kadar gula dalam darah. Para pesakit kencing manis memang digalakkan untuk kerap makan peria. Malah peria juga boleh dikisar untuk dijadikan jus dan diminum setiap pagi.



2) Peria dapat membantu menyembuhkan bisul dengan cara melumatkan beberapa hirisan peria dan meletakkan ke atas bisul.

Peria Katak
Sumber: Google

3) Peria juga dapat mengurangkan kepanasan suhu badan. Caranya, rebus peria dengan air, tapis dan kemudian minum segelas air rebusan peria.

4) Air rebusan peria juga boleh diminum oleh mereka yang menghidap asma dan lewat datang haid.

5) Dan untuk mereka yang bermasalah jerawat, rajin-rajin la makan peria kerana peria memang elok untuk kecantikkan kulit.

Itulah antara khasiat peria yang mungkin tidak diketahui. Pahit pun telan juga sebab baik untuk kesihatan dan tiada kesan sampingan. Tetapi kalau kena telan ubat yang pahit, memang fikir berkali-kali juga sebab risaukan kesan sampingannya kelak.

 http://www.puterikasih.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan