Home Klik Di Bawah

Sabtu, 31 Mei 2014

Kekuasaan Allah - Jurang Mariana

Bukti Keagungan Allah

Alhamdulilah. marilah kita sama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah Yang Maha Agung kerana telah meletakkan kita ditempat yang berjauhan dari bencana alam. Allah berkausa memberi hidayah kepada orang-orang yang DisukaiNYA dan tiada siapa yang mampu menyesatkan dia dan dia pun tidak mampu menyesatkan orang lain

Mari kita hayati keAgungan ALLAH S.W.T


Jurang Mariana terletak di dasar Lautan Pasifik, di Timur Mindanao, Filipina. Jurang ni membentuk sempadan antara 2 plat tektonik di antara Plat Pasifik dengan Plat Filipina.
                                            
Jurang Mariana ialah jurang yg paling dalam di dunia ( lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi ). Kedalamannya mencecah sehingga 11 kilometer.


Jurang sepanjang 2550 kilometer ni memiliki kelebarannya sehingga 69 kilometer.

Bahagian dasar laut di Jurang Mariana menerima tekanan air yg sangat kuat sehingga 108.6 MPa, iaitu lebih dari 1000 kali ganda tekanan atmosfera piawai pada aras laut.

.
                                       

Puncak Gunung Everest lebih kurang 8 kilometer dari aras laut. Sementara bahagian paling dasar Jurang Mariana mencecah sehingga 11 kilometer dari aras laut. Bermakna kedalaman Jurang Mariana jauh melebihi ketinggian Gunung Everest.

Dengan dasar yg sangat dalam dan gelap, pasti 1001 misteri tersembunyi dalam jurang tersebut. Antaranya ialah jenis hidupan marin yg mampu survive dan membiak dalam habitat yg sebegitu rupa. Pasti tak sama dengan hidupan yg hidup di permukaan dan pertengahan laut.

Mari kita saksikan kebesaran Allah Ta'ala melalui ciptaan2Nya yg unik dan penuh misteri. Inilah antara hidupan marin yg terdapat di celah Jurang Mariana yg berjaya dirakamkan.


                                        
                                        
                                        
                                        
                                        
    
                                        
                                        
                                       
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                         
                                                     

James Cameron Berjaya Selami Jurang Mariana


James Cameron menyelam menggunakan kapal selam khas Deepsea Challenger dalam Cabaran Kedalaman Jurang Mariana, di Lautan Pasifik. - AFP 

Pengarah filem Titanic, James Cameron mencuba menyelam di dasar laut paling dalam berbanding yang pernah dilakukan pada misi solo sebelum ini, bagi mendapatkan pelbagai maklumat dan imej dari kawasan tersebut.

Institusi saintifik National Geographic, yang bekerjasama dengan pengarah filem itu untuk projek Cabaran Laut Dalam semalam mendedahkan, Cameron mencuba melengkapkan misi tersebut, supaya ia memperoleh hasil mengagumkan sebagaimana filem yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

Pengarah terkenal itu berhasrat muncul individu pertama mengharungi Cabaran Kedalaman Jurang Mariana, yang memiliki kedalaman 11 kilometer di Lautan Pasifik, serta membawa pulang maklumat dan spesimen dari kawasan tersebut.
Cameron, 57, berkata, dia maklum tentang bahaya yang dihadapinya semasa melakukan cubaan berkenaan.

"Apabila anda menghasilkan filem, semua orang membawa skrip dan mereka tahu apa yang berlaku selepas itu. Namun ia berbeza dengan ekspedisi. Alam semula jadi tidak mempunyai skrip, laut juga tidak mempunyai skrip dan siapa pun tidak tahu apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.

                                                 

Cameron meluangkan masa sekitar tiga jam dengan mengambil sampel bagi penyelidikan saintifik dan merakamkan kawasan Mariana Trench. Kapal selam itu diturunkan ke lautan tersebut dari sebuah kapal.

Kawasan paling dalam itu terletak di barat Lautan Pasifik, barat daya Guam, dan timur Filipina, sekitar 200 ke timur Kepulauan Mariana. Ia merupakan kawasan berbentuk bulan sabit sepanjang 2,550 kilometer (km) dengan lebar 69km. Mariana Trench diselubungi kegelapan dengan suhu hampir beku.

Cameron melakukan ekspedisi itu yang turut mendapat kerjasama daripada institusi pendidikan terkenal, National Geographic Society. Menurut pegawai saluran National Geographic, Stephanie Montgomery, Cameron kembali ke permukaan Lautan Pasifik pagi 26 Mac 2012.

Rakan misi ekspedisi tersebut, National Geographic berkata, Cameron menyelam pada kedalaman 10,898 meter pada pukul 7.52 pagi ini waktu tempatan (5.52 pagi waktu Malaysia) di Jurang Mariana menggunakan kapal selam yang direka khas itu.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai keadaan kesihatan Cameron tetapi seorang doktor ekspedisi berkenaan Joe MacInnis memberitahu bahawa pengarah filem itu cukup sihat untuk membuat selaman tersebut. Cameron, 57, ialah manusia pertama yang meneroka Mariana Trench secara solo.

Sebelum ini cuma jurutera Switzerland, Jacques Piccard dan anggota tentera laut Amerika Syarikat (AS), Kapten Don Walsh yang pernah sampai ke tempat itu pada tahun 1960 dengan menaiki kapal selam tentera laut AS, Trieste.


Subhanallah. . Allah Maha Pencipta, Maha Hebat lagi Maha Besar..
 http://www.nahwalimtiyaz.com

1 ulasan: